Persepsi urusetia terhadap maknyah dalam kem ibadah

Irwan Mohd Subri, and Mohd Hapiz Mahaiyadin, and Andi Mohamad Zulfauzan Muhamad, and Muhamad Nasiruddin Asman, (2023) Persepsi urusetia terhadap maknyah dalam kem ibadah. Al-Hikmah, 15 (1). pp. 66-77. ISSN 1985-6822

[img]
Preview
PDF
306kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah

Abstract

Isu maknyah di Malaysia sentiasa mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Maknyah merupakan istilah popular di Malaysia yang merupakan satu golongan dari kategori transgender. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh pihak yang ingin membantu maknyah untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Antaranya, Kem Ibadah Maknyah yang telah dilaksanakan di Cameron Highlands anjuran Persatuan Insaf Pahang. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji persepsi urusetia yang menguruskan program tersebut terhadap maknyah yang menjadi peserta. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui temu bual tidak berstruktur. Hasil kajian mendapati urusetia bagi program tersebut bersikap optimis terhadap maknyah dan mengharapkan usaha mereka ini mampu menjadi pendorong perubahan maknyah ke arah cara hidup Islam yang sebenar.

Item Type:Article
Keywords:Persepsi; Program pemulihan; Urusetia; Maknyah; Transgender; LGBT
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:22629
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:01 Dec 2023 02:20
Last Modified:01 Dec 2023 02:20

Repository Staff Only: item control page