Siti Jamiaah Abdul Jalil, and Rozmi Ismail, and Yusmini Md Yusoff, and Fariza Md Sham, and Juwairiah Hassan, (2023) Peranan program keagamaan terhadap kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan banduan wanita. Al-Hikmah, 15 (1). pp. 78-103. ISSN 1985-6822
|
PDF
467kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah
Abstract
Banduan wanita sering dikaitkan dengan masalah kesihatan mental. Jika tidak ditangani dengan baik mampu merencatkan proses pemulihan mereka sepanjang menjalani hukuman di penjara. Rentetan daripada itu pelbagai pendekatan dilakukan oleh pihak penjara dalam melaksanakan program pemulihan kepada banduan. Antaranya dengan menggunakan pendekatan keagamaan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti peranan program keagamaan dalam mengurangkan masalah kesihatan mental banduan wanita khususnya yang berkait dengan masalah kebimbangan dan kemurungan. Tumpuan diberikan kepada masalah kebimbangan dan kemurungan disebabkan kedua-dua aspek ini sering dikaitkan dengan banduan wanita. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Pendekatan kuantitatif digunakan dengan mengedarkan soal selidik kepada responden yang terdiri daripada 141 orang banduan wanita. Manakala, data kualitatif melalui temu bual bersama 4 orang responden (banduan wanita) menjadi data sokongan kepada data kuantitatif. Hasil kajian mendapati program keagamaan mempunyai hubungan negatif dengan kebimbangan dan kemurungan banduan wanita. Pemahaman dan penghayatan terhadap akidah yang sebenar mampu memberi kesan yang positif terhadap kesihatan mental banduan wanita.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Program agama; Pemulihan; Banduan wanita; Kesihatan mental |
Journal: | Jurnal Al-Hikmah |
ID Code: | 22631 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 01 Dec 2023 02:26 |
Last Modified: | 01 Dec 2023 02:26 |
Repository Staff Only: item control page