Peranan sokongan sosial, kekuatan dalaman dan ketahanan diri pelajar berbakat sukan semasa pandemik COVID-19: suatu kajian tinjauan di Malaysia

Tuan Zahrah Tuan Mat, and Aliza Alias, and Manisah Mohd. Ali, and Khairul Farhah Khairuddin, (2023) Peranan sokongan sosial, kekuatan dalaman dan ketahanan diri pelajar berbakat sukan semasa pandemik COVID-19: suatu kajian tinjauan di Malaysia. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (3). pp. 45-57. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
446kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Ketahanan diri seseorang pelajar berbakat sukan boleh dikaitkan dengan peranan persekitaran terhadap dirinya serta keupayaan dalam diri. Dalam konteks situasi semasa seperti pandemik COVID-19, ketahanan diri menjadi semakin penting dan bertindak sebagai faktor pelindung daripada risiko kegagalan pengembangan bakat. Namun, ketahanan diri tidak wujud dengan sendiri dan perlu kepada sumbangan pelbagai faktor. Sehingga kini, kajian terhadap faktor yang menyumbang kepada ketahanan diri yang kukuh terutama semasa menghadapi pandemik COVID-19 masih menjadi topik utama penyelidikan. Justeru, artikel ini bertujuan untuk meninjau impak sokongan sosial dan kekuatan dalaman terhadap ketahanan diri pelajar berbakat sukan di Malaysia semasa penularan wabak COVID-19. Kajian ini melibatkan pengumpulan data sekunder dan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat dua faktor utama yang menyumbang kepada ketahanan diri pelajar berbakat sukan semasa pandemik COVID-19 iaitu faktor sokongan sosial di persekitaran seperti keluarga, rakan-rakan dan jurulatih, serta faktor kekuatan dalaman seperti kemahiran menyelesaikan masalah, kesedaran kendiri dan efikasi kendiri. Kajian ini dirujuk penting dalam memberi gambaran berkenaan isu ketahanan diri yang berlaku dalam situasi semasa seperti pandemik COVID-19 yang boleh menjejaskan pengembangan bakat sukan khususnya di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Ketahanan diri; Sokongan social; Kekuatan dalaman; Peranan persekitaran; Faktor pelindung; Pelajar berbakat sukan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:22641
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:14 Dec 2023 05:18
Last Modified:16 Dec 2023 03:19

Repository Staff Only: item control page