Penglibatan sukarelawan dan pengurusan risiko dalam sukan di Malaysia

Nasriyah Nazair, and Mohd Ikhwan Toriman, and Frankie Marcus Ata, (2023) Penglibatan sukarelawan dan pengurusan risiko dalam sukan di Malaysia. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (3). pp. 72-82. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
579kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Aktiviti sukarelawan kini tidak asing lagi dalam bidang sukan di Malaysia. Pelbagai program telah dianjurkan bagi menarik minat orang ramai menyertai aktiviti sukarelawan. Program sukan yang dianjurkan memerlukan khidmat bakti para sukarelawan yang ramai bagi memudahkan serta memastikan kelancaran sesuatu program. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penglibatan sukarelawan dan menilai faktor utama penglibatan sukarelawan dalam program sukan negara serta mencadangkan pengurusan risiko terhadap program sukan negara. Seramai 375 orang sukarelawan bagi Sukan Asia Tenggara 2017 di Kuala Lumpur dipilih sebagai responden dalam penyelidikan ini. Kaedah soal selidik yang diubah suai daripada ‘Volunteer Function Inventory’ (VFI) kemudian dianalisis menggunakan perisian SPSS dan ujian korelasi telah digunakan dalam kajian ini. Hasil mendapati golongan belia iaitu peringkat umur 21 hingga 30 tahun lebih cenderung melibatkan diri dalam sukarelawan sukan manakala golongan yang mempunyai kerjaya lebih cenderung melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan. Faktor pemahaman merupakan faktor utama penglibatan sukarelawan dalam program sukarelawan negara dengan nilai min tertinggi iaitu 4.32. Ujian kolerasi menunjukkan hubungan antara faktor kefahaman dengan pengurusan risiko iaitu r =0.52. Selain itu, cadangan pengurusan risiko dalam penganjuran program sukan telah dihasilkan dalam memastikan kejohanan sukan yang bertaraf antarabangsa ini terhindar daripada kemalangan yang boleh menjejaskan kejohanan yang berlangsung. Justeru, temasyah sukan SEA merupakan kejohanan sukan yang berprestij tinggi, penglibatan sukarelawan dan pengurusan risiko kejohanan perlu dititikberatkan supaya kejohanan sukan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Item Type:Article
Keywords:Sukarelawan; Sukan SEA; Sukan; Risiko; Volunteer Function Inventory (VFI)
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:22643
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:14 Dec 2023 05:17
Last Modified:16 Dec 2023 03:20

Repository Staff Only: item control page