Trend berkomunikasi dan transaksi dalam talian: selamatkah data peribadi belia Malaysia?

Shariffah Mamat, and Wan Amizah Wan Mahmud, and Arina Anis Azlan, (2023) Trend berkomunikasi dan transaksi dalam talian: selamatkah data peribadi belia Malaysia? e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (3). pp. 83-95. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
595kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Isu keselamatan data peribadi pengguna secara dalam talian menjadi perdebatan hangat seantero dunia termasuk di Malaysia. Krisis kesihatan pandemik Covid-19 menjadi pemangkin kepesatan penggunaan teknologi dalam pelbagai aspek kehidupan. Global Threat Report 2021 menggesa penduduk dunia untuk menjadikan keselamatan siber sebagai budaya sementara pakar teknologi berjuang mengesan dan menghentikan ancaman siber sepenuhnya. Justeru, artikel ini bertujuan mengkaji tingkah laku golongan belia agar sentiasa melindungi data peribadi yang dikongsikan secara dalam talian. Kajian kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan secara dalam talian ini dijalankan ke atas belia Malaysia semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuatkuasa. Seramai 535 orang belia berumur 19 hingga 30 tahun di Putrajaya dan Cyberjaya telah dipilih sebagai sampel kajian. Pemilihan ini menggunakan pendekatan multi tahap iaitu berdasarkan kategori umur, jantina, etnik dan lokasi. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 28.0. Analisis regresi berganda mendapati bahawa faktor kawalan tingkah laku (R2 = .819) merupakan menyumbang paling besar dan signifikan dalam usaha melindungi keselamatan data peribadi berbanding faktor lain seperti sikap, norma subjektif, niat, mudah guna, kepercayaan dan faedah. Dapatan ini menjelaskan bahawa bagi memastikan belia Malaysia cenderung untuk menjadi pengguna secara dalam talian yang selamat mereka perlu memiliki sifat kawalan tingkah laku yang tinggi untuk melindungi keselamatan data peribadi mereka. Budaya menghindari diri daripada menjadi mangsa ancaman siber ini perlu disemai dalam diri setiap individu belia seiring dengan kepesatan teknologi bagi menangani cabaran era digital dewasa ini.

Item Type:Article
Keywords:Keselamatan data peribadi; Komunikasi; Ancaman siber; Belia; Online
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:22644
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:14 Dec 2023 05:17
Last Modified:16 Dec 2023 03:21

Repository Staff Only: item control page