Elemen pelaksanaan pendidikan keusahawanan dalam program latihan kemahiran TVET: suatu penelitian terhadap masalah dan cabaran

Salwani Daud, and Mohd Safarin Nordin, (2023) Elemen pelaksanaan pendidikan keusahawanan dalam program latihan kemahiran TVET: suatu penelitian terhadap masalah dan cabaran. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (3). pp. 96-114. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
671kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Keusahawanan adalah merupakan satu inisiatif penting negara bagi mengatasi masalah pengangguran di samping meningkatkan ekonomi negara. Salah satu usaha kerajaan dalam menerapkan keusahawanan di kalangan golongan belia adalah melalui penerapan pendidikan keusahawanan dalam Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET). Namun, isu yang seringkali menjadi pedebatan adalah apakah elemen dan bagaimanakah penerapan pendidikan keusahawanan ini dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sehubungan itu, artikel ini akan membincangkan pengenalpastian elemen pendidikan keusahawanan dalam pelaksanaan pendidikan keusahawanan Program Latihan Kemahiran TVET melalui analisis terhadap cabaran dan permasalahan pelaksanaan pendidikan keusahawanan berdasarkan kajian-kajian terdahulu. Kajian literatur penerokaan dengan melibatkan sebanyak 780 artikel yang diperolehi daripada enjin carian Scopus dan Google Scholar pada 9 September 2022 yang lalu. Berdasarkan analisa meta, terdapat 4 elemen utama telah dikenalpasti iaitu kurikulum, kompetensi, proses pengajaran dan pembelajaran serta sokongan kerjaya keusahawanan. Setiap elemen utama tersebut mempunyai sub elemen masing-masing dan semua elemen tersebut saling berhubungan di antara satu sama lain. Semua elemen yang terhasil ini adalah merupakan keperluan asas yang penting dalam pelaksanaan pendidikan keusahawanan yang berkesan di kalangan Program Latihan Kemahiran TVET.

Item Type:Article
Keywords:TVET; Pendidikan keusahawanan; Keusahawanan; Analisis meta; Elemen
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:22645
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:14 Dec 2023 05:07
Last Modified:16 Dec 2023 03:22

Repository Staff Only: item control page