Pengaruh media sosial terhadap Insomnia dalam kalangan pelajar UTHM Pagoh

Arwansyah Kirin, and Nik Kamal Wan Muhammed, and Ahmad Hamidi, and Muhammad Deni Putra, (2023) Pengaruh media sosial terhadap Insomnia dalam kalangan pelajar UTHM Pagoh. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (3). pp. 116-127. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
594kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Media sosial merupakan satu platform yang sangat diperlukan pada masa kini di mana ianya memberikan kemudahan kepada para pengguna untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Penggunaan media sosial semakin meningkat dalam kalangan generasi muda terutama pelajar. Tetapi penggunaan media sosial yang semakin meluas saban hari menunjukkan impak negatif kepada para pelajar seperti insomnia. Hal ini terjadi kerana pelajar banyak menghabiskan masa dengan media sosial untuk tujuan pembelajaran, berkomunikasi, membeli belah atas talian dan sebagainya. Penggunaan media sosial yang tidak terkawal mampu memberi kesan kepada pengguna iaitu gangguan pola tidur seharian mereka. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh media sosial terhadap insomnia dalam kalangan pelajar UTHM Pagoh. Kaedah kajian yang digunakan adalah analisis deskriptif dan Spearman`s coefficient dimana pengumpulan data dilakukan melalui borang soal selidik dan disebarkan kepada 159 orang pelajar UTHM Pagoh. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan kuat antara penggunaan media sosial dengan kejadian insomnia dengan nilai (ρ=0,000) dan nilai (R=0,352), hal ini membuktikan bahawa pelajar UTHM Pagoh ada mengalami insomnia disebabkan penggunaan media sosial yang terlalu lama.

Item Type:Article
Keywords:Media social; Insomnia; UTHM Pagoh
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:22646
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:14 Dec 2023 05:07
Last Modified:16 Dec 2023 03:23

Repository Staff Only: item control page