Isteri B40 kepada penagih dadah di Malaysia: strategi daya tindak, sumber daya tindak dan kesejahteraan psikologi

Nurul Saidatus Shaja’ah Ahmad Shahril, and Zarinah Arshat, and Haikal Anuar Adnan, (2023) Isteri B40 kepada penagih dadah di Malaysia: strategi daya tindak, sumber daya tindak dan kesejahteraan psikologi. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (3). pp. 167-177. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
487kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Peningkatan kes penyalahgunaan dadah telah mencetuskan kajian di seluruh dunia yang memfokuskan kepada impak penagihan dadah terhadap ahli keluarga. Dalam kalangan ahli keluarga penagih dadah, dapatan kajian lepas mendapati isteri penagih dadah merupakan antara individu yang tertinggi menerima impak penagihan suami. Sementara itu, isteri penagih dadah B40 pula dijangka berhadapan dengan tekanan yang lebih tinggi berbanding keluarga dalam golongan M40 dan T20. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti daya tindak dan adaptasi yang dilakukan oleh isteri B40 kepada penagih dadah di Malaysia, serta meneroka kesejahteraan psikologi responden selama tempoh pemulihan suami. Kaedah pensampelan bertujuan telah digunakan untuk mengenalpasti responden yang menepati kriteria kajian. Responden seterusnya ditemu bual serta maklumat yang diberikan telah ditranskrip dan dianalisis untuk mengenalpasti tema-tema kajian. Hasil kajian mendapati dua tema telah dikenalpasti sebagai strategi daya tindak iaitu daya tindak fokus masalah dan daya tindak fokus emosi, tiga tema bagi sumber daya tindak iaitu komitmen keibubapaan, sokongan sosial dan ikatan emosi, serta dua tema bagi kesejahteraan psikologi iaitu ekspresi emosi negatif dan optimisme. Dapatan kajian ini mempunyai implikasi yang signifikan terhadap kajian akan datang berkaitan isteri penagih dadah B40 di Malaysia. Disamping itu, dapatan kajian dapat digunakan oleh ahli psikologi serta ahli profesional lain dalam melakukan intervensi terhadap golongan ini.

Item Type:Article
Keywords:Isteri B40; Penagih dadah; Daya tindak sumber daya tindak; Kesejahteraan psikologi
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:22650
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:14 Dec 2023 05:06
Last Modified:16 Dec 2023 03:59

Repository Staff Only: item control page