Zaleha Salim, and Nur Hafizah Yusoff, (2023) Rasa selamat dan kepuasan masyarakat terhadap perkhidmatan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Taman Perumahan Rakyat Sri Stulang, Johor Bahru. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (3). pp. 189-198. ISSN 1823-884x
|
PDF
525kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Abstract
Unit Rondaan Bermotosikal (URB) merupakan satu pasukan unit rondaan polis yang menjalankan tugas kawalan dan pengawasan di kawasan taman, premis dan lingkungan kawasan untuk menjaga keselamatan dan pencegahan jenayah. URB juga merupakan barisan hadapan PDRM dalam rondaan cegah jenayah di lapangan dan merupakan elemen terpenting dalam memberi perkhidmatan yang segera mengikut masa yang ditetapkan. Artikel ini membincangkan berkaitan rasa selamat dan kepuasan masyarakat terhadap perkhidmatan dan peranan URB di kawasan Taman Perumahan Rakyat Sri Stulang, Johor Bahru Selatan. Tumpuan utama artikel ini adalah meneliti fungsi-fungsi dan tanggungjawab URB di Taman Perumahan Rakyat Sri Stulang dan mengenal pasti maklum balas dari komuniti setempat tentang kewujudan URB. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah soal selidik terhadap 361 responden. Pengumpulan data dan perisian yang digunakan dalam kajian adalah Statistical Pakage for Social Sciences (SPSS) dan data dipersembahkan secara perbandingan min, peratusan, tabulasi silang serta ujian korelasi Pearson. Hasil dapatan menunjukkan peranan utama URB berada pada aras sangat tinggi iaitu (4.23 min). Hasil kajian untuk rasa selamat bagi URB ini berada pada tahap sangat tinggi (4.32 min) dan rasa puas hati berada pada tahap tinggi (4.16 min). Kajian ini diharap dapat memberi implikasi yang baik dan memberi faedah kepada PDRM, khususnya bagi Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) yang menekankan objektif utamanya iaitu dalam merangka strategi, melaksanakan inisiatif-inisiatif dengan objektif untuk mengurangkan jenayah dan meningkatkan persepsi keselamatan. Kajian ini akan menambahbaik fungsi dan peranan seterusnya meningkatkan prestasi kerja yang lebih efektif.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Jenayah; Kepolisan; Masyarakat; Rasa selamat; Sosiologi |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 22652 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 14 Dec 2023 05:06 |
Last Modified: | 16 Dec 2023 04:01 |
Repository Staff Only: item control page