Faktor dorongan pelajar tingkatan 6 melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda

See, Too Kay Leng and Mohd Nor Shahizan Ali, and Mohd Rafizey Dalin, and Norashikin Hamzah, and Muhammad Haniq Yazid, (2023) Faktor dorongan pelajar tingkatan 6 melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (3). pp. 208-217. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
526kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Pada era pasca pandemik Covid-19 ini telah menyebabkan semua masyarakat kembali kepada kehidupan seperti sedia kala termasuklah pelajar-pelajar sekolah. Fasa pemulihan ini juga menyebabkan ramai masyarakat mengalami tekanan untuk meneruskan kehidupan bahkan pelajar sekolah juga telah mengalami keadaan sukar untuk kembali bersemangat untuk meneruskan pembelajaran pada peringkat seterusnya. Kajian ini telah melakukan tinjauan dan penelitian terhadap pendapat pelajar tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti latar belakang sosioekonomi pelajar tingkatan 6. Selain itu, kajian juga bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor mempengaruhi cita-cita pelajar tingkatan 6 ke Menara gading. Penyelidikan ini mengggunakan kaedah pengedaran borang soal selidik untuk mengumpul data. Seramai 43 orang pelajar tingkatan 6 dipilih sebagai responden kajian. Teknik menganalisis data menggunakan teknik Chi-Square dan teknik analisis faktor untuk mengenal pasti hubungkait antara faktor utama yang menyebabkan pelajar ingin menyambung pengajian di universiti. Hasil kajian mendapati walaupun pelajar terdiri daripada keluarga sederhana tetapi mempunyai niat menyambung pengajian di universiti. Selain itu, faktor kendiri adalah faktor utama yang mempengaruhi mereka ingin menjejak kaki ke peringkat yang lebih tinggi. Kajian mikro dan berfokus ini amat diperlukan untuk menjadikan unjuran hala tuju pelajar STPM terutamanya selepas fasa pandemik seterusnya unjuran pemilihan pelajar di peringkat pengajian tinggi dapat dikenal pasti.

Item Type:Article
Keywords:Analisis faktor; Motivasi; Tingkatan 6; Covid-19; Teori planned behavioral
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:22654
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:14 Dec 2023 05:05
Last Modified:16 Dec 2023 04:05

Repository Staff Only: item control page