Sheikh Haji: satu penelitian terhadap isu dan cabaran semasa penggunaan kapal laut sehingga penubuhan muassasah

Nur Zattiel Amierra Idris, and Aiza Maslan@Baharudin, (2023) Sheikh Haji: satu penelitian terhadap isu dan cabaran semasa penggunaan kapal laut sehingga penubuhan muassasah. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (3). pp. 311-322. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
542kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Makalah ini mengetengahkan perbincangan tentang sistem yang telah sekian lama bertapak dalam institusi haji, iaitu Sheikh Haji sehingga disifatkan ‘as old as the haj itself’. Sheikh Haji telah menjadi sebahagian daripada sub-budaya dan tradisi berhaji masyarakat Muslim, khususnya orang Melayu. Artikel ini bertujuan meneliti isu serta cabaran yang dihadapi oleh Sheikh Haji sepanjang berlangsungnya era kapal laut sehinggalah kepada penubuhan Muassasah dengan menggunakan pendekatan metodologi sejarah yang bersifat kualitatif deskriptif dan analitikal. Kajian ini menggunakan sumber primer seperti Ordinance of the Straits Settlements (S.S)-1906-1907, fail Setiausaha Kerajaan Negeri dan Laporan Tahunan Haji yang diteliti, ditafsir serta disusun menjadi hujah yang objektif dan disokong oleh sumber sekunder. Hasil kajian mendapati bahawa bukan sedikit isu berbangkit berhubung perkhidmatan Sheikh Haji sehingga menimbulkan pelbagai rungutan melibatkan salah laku, pengabaian dan penganiayaan Sheikh Haji terhadap jemaah haji. Pada masa yang sama Sheikh Haji turut berhadapan dengan pelbagai cabaran berbentuk persaingan sesama mereka dan perubahan peraturan dan polisi kerajaan Arab Saudi.

Item Type:Article
Keywords:Sheikh Haji; Jemaah haji Melayu; Eksploitasi; Laporan tahunan haji; Muassasah
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:22668
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:14 Dec 2023 05:03
Last Modified:16 Dec 2023 04:26

Repository Staff Only: item control page