Bantuan Australia terhadap Malaysia semasa konfrontasi Indonesia, 1963-1966

Abdul Rahman Mad Ali @ Abang, (2023) Bantuan Australia terhadap Malaysia semasa konfrontasi Indonesia, 1963-1966. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (3). pp. 334-342. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
477kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Konfrontasi Indonesia Malaysia 1963-1966 telah melakar sejarah ketenteraan buat Sejarah Malaysia. Malaysia yang baru dibentuk terpaksa berdepan dengan ancaman kedaulatan dari negara jiranya Indonesia. Penubuhan Malaysia telah mendapat tentangan hebat dari Rejim Sukarno yang mendakwah bahawa Malaysia adalah neo-kolonialsme barat untuk mengancam kedaulatan Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI). Tindakan subversif telah dilancarkan dengan menceroboh dan menyerang pos pertahanan Malaysia di sempadan Borneo-Kalimantan Indonesia melibatkan sempadan Sarawak-Kalimantan Barat (Kalbar) dan sempadan Sabah-Kalimantan Timur (Kaltim). Kajian ini bertujuan untuk mendedahkan bantuan ketenteraan Australia kepada Malaysia. Kaedah kajian yang digunakan ialah kajian kepustakaan dan kajian Arkib. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Malaysia telah mengaktifkan perjanjian pertahanan yang telah dimeterai di bawah perjanjian Anglo Malayan Defencer Agreement (AMDA) yang terdiri daripada Malaysia, British, Australia (1957 dan 1963). Implikasi kajian ini menguguhkan pertahanan Malaysia bagi menangani ancaman percerobohan dan serangan tentera Indonesia. Menyedari akan hakikat itu, maka penelitian ini lebih memfokuskan kepada penglibatan tentera Australia dalam upaya membantu pertahanan Malaysia khususnya di wilayah sempadan Borneo.

Item Type:Article
Keywords:Konfrontasi; Australia; Operasi Claret; Sabah; Sarawak
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:22670
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:14 Dec 2023 05:02
Last Modified:16 Dec 2023 04:27

Repository Staff Only: item control page