Ekspresi emosi sebagai satu bentuk komunikasi watak menerusi Hikayat Nakhoda Muda dan Hikayat Parang Puting

Nadiatul Shakinah Abdul Rahman, (2023) Ekspresi emosi sebagai satu bentuk komunikasi watak menerusi Hikayat Nakhoda Muda dan Hikayat Parang Puting. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (3). pp. 279-288. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
397kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Kesusasteraan yang dihasilkan bertujuan untuk dikongsikan bersama khalayak pembaca. Penghasilan karya sastera bertunjangkan kepada idea, pemikiran, gagasan dan perasaan pengarang yang diadun menggunakan medium bahasa sebagai saluran penyampaian. Bahasa berfungsi sebagai alat komunikasi dalam menyampaikan ilmu, idea, pendapat, buah fikiran, melahirkan emosi dan perasaan melalui pengucapan, gerak-geri atau bahasa badan, tulisan, lukisan dan isyarat. Sehubungan itu, emosi merupakan salah satu unsur yang mendasari sesebuah karya sastera. Hal ini kerana unsur emosi di dalam karya sastera bukan sahaja berperanan sebagai saluran komunikasi tetapi, turut mewarnai dan mencorakkan penceritaan di dalam karya tersebut. Lantaran itu, menerusi artikel ini akan membincangkan ekspresi emosi watak sebagai wahana komunikasi watak utama dalam Hikayat Nakhoda Muda dan Hikayat Parang Puting yang digunakan sebagai data kajian artikel ini. Artikel ini akan menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis data kajian. Justeru, penelitian terhadap ekspresi emosi akan ditelusuri menerusi ekspresi wajah, suara, tingkah laku dan sentuhan dalam berkomunikasi. Hasil dapatan artikel ini akan dapat memberikan sumbangan dalam pengkajian ekspresi emosi khususnya dalam kesusasteraan dan menjadi rujukan kepada para pengkaji yang seterusnya.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa; Emosi; Ekspresi; Komunikasi; Hikayat Nakhoda Muda; Hikayat Parang Putting
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:22671
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:14 Dec 2023 05:02
Last Modified:16 Dec 2023 04:24

Repository Staff Only: item control page