Kecemerlangan Tamadun Islam di Andalus berdasarkan teori ‘Umran Ibn Khaldun

Suhaila Abdullah, and Nurliyana Mohd Talib, (2023) Kecemerlangan Tamadun Islam di Andalus berdasarkan teori ‘Umran Ibn Khaldun. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (3). pp. 352-364. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
664kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Kecemerlangan tamadun Islam di Andalus pada penghujung abad ke-10 Masihi mencatatkan pencapaian terhebat di bawah pemerintahan kerajaan Islam Andalus dari aspek politik, ekonomi, sosial dan keilmuan. Malah, pencapaian tersebut turut diakui oleh Ibn Khaldun dalam karya penulisan beliau berjudul Muqaddimah. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti faktor-faktor yang membawa kepada kecemerlangan tamadun Islam di Andalus berdasarkan teori ‘umran Ibn Khaldun. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kajian kepustakaan dan metode analisis kandungan ke atas sumber-sumber primer dan sekunder. Hasil daripada kajian yang dilakukan mendapati bahawa antara faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan tamadun Islam di Andalus ialah sistem pemerintahan yang sistematik dan efektif, kemajuan dalam bidang ekonomi, pembangunan bandar yang kondusif dan selamat, toleransi antara pelbagai bangsa dan agama serta naungan pihak istana terhadap aktiviti keilmuan. Faktor-faktor ini adalah selari dengan teori ‘umran yang diketengahkan oleh Ibn Khaldun di dalam kitab karangannya berjudul Muqaddimah.

Item Type:Article
Keywords:Tamadun Islam; Andalus; ‘Umran; Ibn Khaldun; Muqaddimah
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:22672
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:14 Dec 2023 05:02
Last Modified:16 Dec 2023 04:28

Repository Staff Only: item control page