Makkah dan Benua Ruhum dalam pemikiran Orang Melayu

Aiza Maslan@Baharudin, and Ratna Roshida Ab Razak, (2023) Makkah dan Benua Ruhum dalam pemikiran Orang Melayu. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 20 (3). pp. 382-392. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
476kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Sejak sekian lama, Makkah dan Benua Ruhum merupakan dua buah wilayah yang cukup dekat di hati orang Melayu. Perkara tersebut jelas terungkap melalui ekspresi penghormatan dan kekaguman terhadap kedua-dua wilayah tersebut melalui pelbagai bentuk pengkisahan dan penceritaan, sekali gus mempamerkan keistimewaan kedua-duanya di sisi orang Melayu. Artikel ini bertujuan menganalisis keistimewaan kedudukan kedua-dua wilayah terbabit dalam pemikiran orang Melayu sejak sekian lama. Diskusi artikel ini menggunakan pendekatan bersifat kualitatif deskriptif dan analitikal dengan merujuk kepada buku, artikel jurnal dan tesis. Hasil kajian mendapati bahawa Makkah dan Benua Ruhum merupakan dua buah pusat terpenting bagi dunia Islam suatu masa dahulu. Gelaran sultan yang disandang oleh pemerintah di Nusantara sering diperkukuh dengan mendapatkan pengiktiran daripada penguasa kedua-dua wilayah terbabit. Selain menjadi destinasi utama orang Melayu bagi melengkapkan rukun Islam kelima, Makkah merupakan pilihan orang Melayu bagi mendalami ilmu keagamaan. Orang Melayu turut memandang tinggi Benua Ruhum sebagai sebuah kuasa politik Islam terkuat yang merujuk kepada Daulah Turki Uthmaniyyah dan perkara tersebut terpamer melalui akhbar-akhbar dan hasil kesusasteraan Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Makkah; Benua Ruhum; Nusantara; Daulah Uthmaniyyah; Akhbar Melayu
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:22675
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:14 Dec 2023 05:01
Last Modified:16 Dec 2023 04:29

Repository Staff Only: item control page