Noorizah Mohd Noor, and Kemboja Ismail, (2008) Konsepsi pelajar terhadap pembacaan dalam Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. GEMA: Online Journal of Language Studies, 8 (2). pp. 19-31. ISSN 1675-8021
|
PDF
71kB |
Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/GEMA%20vol%208%20%282%...
Abstract
Sejak kebelakangan ini, kajian yang bertumpu kepada konsepsi pelajar terhadap pembelajaran amatlah giat dijalankan. Dua pandangan utama telah terhasil daripada kajian ini; pandangan pertama berkait dengan pemahaman permukaan yang merangkumi penyimpanan maklumat, penghasilan semula ilmu dan penambahannya, manakala pandangan kedua meliputi konstruksi makna dan perubahan pemahaman secara peribadi. Kajian-kajian berkaitan yang lain juga mendapati pandangan yang sama dengan dua pandangan di atas. Bagaimanapun, kajian-kajian tersebut tidak menunjukkan wujudnya kesepakatan pandangan dalam memahami makna sebenar konsepsi pelajar terhadap pembelajaran. Ini disebabkan oleh wujudnya kepelbagaian cara pembelajaran yang telah menghasilkan kepelbagaian konsepsi pembelajaran. Justru, kajian ini akan mengutarakan hasil dapatan yang dijalankan ke atas sekumpulan pelajar ‘Limited English Proficiency’ (LEP) di sebuah institusi pengajian tinggi awam terhadap konsepsi pembacaan dalam konteks pembacaan dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Menerusi soalan terbuka dan tinjauan, dapatan menunjukan terdapat persamaan dan juga perbezaan kualitatif pada konsepsi pembelajaran pelajar LEP. Seterusnya, implikasi hasil dapatan ke atas pengajaran dan pembelajaran pembacaan dalam bahasa kedua juga akan di bincangkan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | konsepsi; pembacaan; bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua; pelajar LEP. |
Journal: | GEMA ; Online Journal of Language Studies |
ID Code: | 2269 |
Deposited By: | Mr Fazli Nafiah - |
Deposited On: | 26 Jul 2011 06:58 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:31 |
Repository Staff Only: item control page