Keterserlahan ceramah Syamsul Debat menerusi penggunaan aspek bukan prosa: satu analisis morfologi

Anis Nadzirah Nasir, and Harishon Radzi, (2023) Keterserlahan ceramah Syamsul Debat menerusi penggunaan aspek bukan prosa: satu analisis morfologi. Jurnal Wacana Sarjana, 7 (4). pp. 1-15. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
218kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws

Abstract

Aspek penggunaan bukan prosa telah menjadi medium hiburan, jenaka dan pengajaran dalam sesuatu ceramah kerana bahasa-bahasa yang indah di dalamnya membuatkan pendengar dapat menerima sesuatu mesej dengan baik. Kajian ini difokuskan kepada Keterserlahan Ceramah Syamsul Debat Menerusi Penggunaan Aspek Bukan Prosa : Satu Analisis Morfologi. Objektif kajian ini adalah untuk mengkategorikan aspek bukan prosa, menghuraikan aspek bukan prosa yang terdapat dalam ceramah oleh Syamsul Debat, dan menganalisis aspek bukan prosa dalam ceramah Syamsul Debat berdasarkan struktural. Sebanyak 17 video yang mempunyai 59 aspek bukan prosa melalui ceramah Syamsul Debat di Facebook, Tiktok dan Youtube digunakan bagi mendapatkan hasil kajian secara menyeluruh. Langkah-langkah yang dilakukan adalah mencari, meneliti dan mendengar ceramah Syamsul Debat yang ada di media sosial dengan mengambil jenis hantaran video berkaitan Syamsul Debat yang mengandungi aspek bukan prosa. Video-video tersebut terdiri daripada video suntingan yang memfokuskan kepada aspek bukan prosa beliau dan rakaman siaran langsung kuliah beliau. Berdasarkan hasil kajian, terdapat aspek bukan prosa seperti pantun, puisi, kiasan, dan lagu yang digunakan dalam ceramah Syamsul Debat menerusi media sosial. Kebanyakan aspek bukan prosa ini mempunyai tema tersendiri iaitu adab berguru, adab bekerja, keluarga, agama, rumahtangga, pembuka dan penutup bicara, dan kehidupan. Video-video ceramah yang digunakan berdurasi kurang daripada dua jam. Terdapat aspek bukan prosa yang sering digunakan oleh masyarakat sehingga kini tetapi diselitkan juga dalam ceramah beliau bagi memudahkan pendengar menghayati, mengingati dan mudah memahami aspek bukan prosa yang sering digunakan itu. Aspek bukan prosa ini mempunyai keistimewaannya dalam menyampaikan emosi, perasaan, hiburan dan nasihat dalam sesuatu ceramah bagi menarik perhatian pendengar dan menghilangkan rasa bosan.

Item Type:Article
Keywords:Aspek bukan prosa; Ceramah; Media sosial; Keterserlahan; Syamsul Debat
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:22697
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:15 Dec 2023 04:00
Last Modified:19 Dec 2023 08:27

Repository Staff Only: item control page