Geopolitik etnik dan tingkah laku politik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis, Perlis

Nur Insyierah Man, and Junaidi Awang Besar, (2023) Geopolitik etnik dan tingkah laku politik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis, Perlis. Jurnal Wacana Sarjana, 7 (4). pp. 1-17. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
646kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws

Abstract

Apabila menjelang pilihan raya, pelbagai jenis konflik akan timbul antara parti politik yang bertanding terutamanya apabila dalam membentuk gabungan dalam pakatan. Dengan ini, kita dapat melihat pelbagai tingkah laku yang akan wujud dalam kalangan para pengundi apabila memilih calon yang selayaknya untuk membentuk sesebuah kerajaan. Hal ini berlaku apabila tahap pengetahuan dan kefahaman masyarakat terhadap konsep geopolitik etnik di sesebuah kawasan tersebut. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan kertas kerja ini untuk menganalisis geopolitik etnik dan tingkah laku politik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis, Perlis. Kajian ini menggunakan kaedah mengumpul data lapangan yang melibatkan soal selidik, temu bual, pemerhatian di lapangan dan rujukan sumber sekunder. Penganalisisan data dilakukan melalui perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25.0. Hasil kajian mendapati bahawa hanya 30 peratus responden yang tahu mengenai konsep geopolitik etnik dan selebihnya iaitu 70 peratus responden tidak tahu mengenai konsep tersebut. Seterusnya, tahap kefahaman berkaitan konsep geopolitik etnik ini hanyalah 22 peratus dalam kalangan responden dan selebihnya tidak faham iaitu 44 peratus serta tidak pasti berkaitan konsep tersebut adalah sebanyak 34 peratus. Seterusnya, 39 peratus daripada responden yang berminat dengan politik di kawasan tersebut manakala selebihnya tidak berminat dengan politik iaitu 62 peratus kerana bagi mereka politik pada masa ini amat merumitkan dan tidak stabil. Hasil kajian juga mendapati bahawa 46 peratus responden akan memilih parti politik yang meletakkan calon yang sama etnik dengan mereka dan 32% responden juga tidak setuju dengan perkara tersebut. Secara kesimpulannya, kajian ini amat penting kerana ia dapat membantu dalam menambah ilmu pengetahuan, menambah data berkaitan kajian politik pilihan raya di kawasan kajian dan juga diharap dapat menjadi rujukan kepada parti politik dan pihak kerajaan supaya dapat meneliti isu dan permasalahan yang berlaku agar lebih peka dalam memenuhi keperluan masyarakat sebaik mungkin.

Item Type:Article
Keywords:Geopolitik; Etnik; Tingkah laku; Pengundi; Pilihan politik
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:22700
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:15 Dec 2023 07:16
Last Modified:19 Dec 2023 08:29

Repository Staff Only: item control page