Strategi pemulihan imej kerajaan melalui liputan berita penutupan dan pembukaan sesi persekolahan ketika COVID-19

Nurfaizatul Huda Ahmad, and Shamsiah Abd Kadir, (2023) Strategi pemulihan imej kerajaan melalui liputan berita penutupan dan pembukaan sesi persekolahan ketika COVID-19. Jurnal Wacana Sarjana, 7 (4). pp. 1-15. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
243kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws

Abstract

Koronavirus Sindrom Pernafasan Akut Teruk 2 (SARS-CoV-2) atau lebih dikenali sebagai COVID-19 mula dikesan pada 17 November 2019 di China dan diisytihar sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Sehingga 31 Julai 2022, pandemik COVID-19 telah merebak ke 215 buah negara di seluruh dunia mana jumlah kes yang direkodkan adalah 577 juta kes dan 6.4 juta kematian. Di Malaysia, sebanyak 4,677,270 jumlah kes dicatatkan sehingga 30 Julai 2022 dan sebanyak 35,960 kes kematian telah direkodkan. Pandemik COVID-19 telah menyebabkan kelumpuhan ekonomi yang sangat teruk dan menjejaskan kehidupan masyarakat di seluruh dunia termasuklah penutupan sektor pendidikan untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19. Tahun 2020 sehingga 2022 adalah tahun yang agak mencabar untuk lanskap politik negara. Pertukaran kerajaan dan Perdana Menteri Malaysia sebanyak tiga kali menjadikan rakyat Malaysia kurang yakin dengan kredibiliti kerajaan dalam menguruskan krisis COVID-19 ini. Kajian ini dibuat untuk mencapai dua objektif iaitu mengenalpasti jenis mesej yang digunakan oleh kerajaan untuk berkomunikasi tentang isu penutupan dan pembukaan semula sesi persekolahan ketika COVID-19 dan menganalisis strategi pemulihan imej kerajaan melalui liputan berita tentang penutupan dan pembukaan sekolah ketika COVID-19. Kajian ini menggunakan 12 sampel berita dari akhbar digital dan portal berita dalam talian. kaedah analisis kandungan kualitatif yang dianalisis berpandukan Teori Pemulihan Imej. Hasil analisis mendapati struktur mesej adalah bahagian berita yang paling penting dan paling banyak mengandungi maklumat serta strategi pemulihan imej. Melalui pemerhatian pengkaji, hal ini disebabkan oleh penerangan yang lebih terperinci tentang maklumat penting isu persekolahan ketika COVID-19 diletakkan di bahagian struktur mesej. mendapati bahawa strategi pemulihan imej yang paling banyak digunakan adalah strategi tindakan pembetulan, di bawah ciri utama ‘mencegah dan menyelesaikan masalah’ dengan 11 petikan ayat dari sampel liputan berita.

Item Type:Article
Keywords:Strategi pemulihan imej; COVID-19; Pembukaan sekolah
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:22701
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:15 Dec 2023 07:27
Last Modified:19 Dec 2023 08:30

Repository Staff Only: item control page