Integrasi model 3D dengan pemodelan maklumat bangunan (BIM) menggunakan teknologi GeoSLAM

Nur Fatin Amirah Mohd Ali Hanafiah, and Khairul Nizam Abdul Maulud, (2023) Integrasi model 3D dengan pemodelan maklumat bangunan (BIM) menggunakan teknologi GeoSLAM. Jurnal Wacana Sarjana, 7 (4). pp. 1-14. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
613kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws

Abstract

Kecanggihan teknologi dalam pemodelan maklumat bangunan (BIM) merupakan suatu peluang yang menjanjikan kemajuan dalam sektor seni bina, kejuruteraan dan pembinaan. BIM merupakan suatu proses kolaboratif yang dapat membantu dalam mencipta model digital bangunan yang terperinci. Untuk mendapat maklumat sebuah bangunan sedia ada, teknik ukuran konvensional boleh digunapakai namun ianya tidak dapat disepadukan sepenuhnya dengan kemajuan rangka kerja masa kini. Justeru, terdapat banyak bangunan di seluruh dunia yang kesannya tidak mempunyai maklumat lengkap dalam bentuk lukisan bangunan, dimensi susun atur dan maklumat berguna lain. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti teknik penghasilan pelan struktur sedia ada dalam bangunan, mengaplikasikan data titik berkepadatan tinggi untuk aplikasi BIM dan mengenal pasti keberkesanan teknologi GeoSLAM untuk mengumpulkan data dalam waktu yang singkat. Tumpuan utama dalam kajian ini adalah melakukan pengesanan dalam bangunan yang mempunyai struktur sedia ada dengan menggunakan alatan GeoSLAM ZEB Horizon yang telah disepadukan bersama teknologi pengimbasan laser kesetempatan serentak dan pemetaan (SLAM). Algoritma dalam aplikasi SLAM melaksanakan penjejakan geo pengimbas dalam persekitaran yang tidak diketahui dan penjanaan data mentah titik berkepadatan tinggi tiga dimensi (3D) menggunakan kedua-dua data Inertial Measurement Unit dan algoritma ciri pengesanannya tersendiri. Data yang diperoleh adalah dalam bentuk titik berkepadatan tinggi dengan sistem koordinat 3D yang mempunyai paksi x, y dan z yang mewakili permukaan luaran objek ataupun persekitaran dalaman bangunan. Perisian yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti Geo Connect, CloudCompare dan Revit Autodesk yang terlibat dalam penterjemahan, pemprosesan data titik berkepadatan tinggi dan penghasilan hasil akhir kajian. Faktor yang dapat mempengaruhi hasil akhir data kajian adalah keberkesanan ciri khusus perisian yang digunakan untuk pelaksanaan proses pembersihan bunyi terhadap data yang berjaya dikumpul. Perbandingan hasil akhir kajian dapat dilihat melalui analisis penapisan data yang tidak diperlukan dengan data asal yang terkumpul. Hasil kajian mendapati bahawa ZEB Horizon ini mampu mengumpul sehingga 300,000 data titik pengesanan setiap saat dengan jarak maksimum 100 meter dan dengan jumlah tersebut, penghasilan peta dan pelan struktur sedia ada dalam bangunan dapat diwujudkan dengan tempoh masa yang pantas dan memerlukan tenaga kerja yang minimum. Pengelasan objek BIM berasaskan Industry Foundation Classes (IFC) perlu dilakukan dengan berpandukan maklumat geometri objek supaya dapat mengelakkan kemungkinan kesan negatif akibat daripada penyalahgunaan entiti IFC dan menyokong kebolehoperasian BIM yang lancar.

Item Type:Article
Keywords:Pemodelan maklumat bangunan (BIM); Titik berkepadatan tinggi; Pengimbasan laser kesetempatan serentak dan pemetaan (SLAM); Pembersihan bunyi; Pelan struktur sedia ada
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:22703
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:15 Dec 2023 07:42
Last Modified:19 Dec 2023 08:31

Repository Staff Only: item control page