Ricky Anak Kemarau, and Noorashikin Md Noor, and Oliver Valentine Eboy, and Kong, Teck Sieng and Nik Norliati Fitri Md Nor, and Stanley Anak Suab, (2023) Fenomena El Niño dan impak terhadap hasil tangkapan ikan: kajian kes di Sabah, Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 19 (3). pp. 216-232. ISSN 2180-2491
|
PDF
1MB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/index
Abstract
Kesan fenomena El Niño Southern Oscillation (ENSO) berbeza-beza bergantung kepada lokasi dan ia telah menyebabkan berlakunya dapatan kajian yang berbeza dalam bidang perikanan. Kajian ini bertujuan mengkaji fenomena El Nino dan impak terhadap taburan kepekatan klorofil di perairan Pantai Barat Sabah, dan pengaruhnya terhadap tangkapan ikan pada tahun 2015/2016. Kajian ini menggunakan maklumat data daripada satelit penderiaan jauh MODIS bagi tahun 2012 hingga tahun 2016 bagi memetakan taburan kepekatan kandungan klorofill. Kajian ini juga menggunakan maklumat data tangkapan ikan yang diperoleh daripada Jabatan Perikanan Negeri Sabah dan maklumat data Oceanic Niño Index (ONI). Hasil kajian mendapati penurunan hasil tangkapan ikan semasa fenomena El Niño pada tahun 2015/2016.Hasil kajian mendapati fenomena El Niño mempengaruhi hasil tangkapan ikan dan kandungan klorofil yang tentunya memberi kesan terhadap jumlah pendapatan nelayan dan industri yang berikatan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | ENSO; Hasil tangkapan ikan; Penderiaan jauh; Taburan ikan |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 22704 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 15 Dec 2023 08:16 |
Last Modified: | 15 Dec 2023 08:16 |
Repository Staff Only: item control page