Anne Magdalene Pakianathan, and Aini Fatihah Roslam, and Wan Rohila Ganti WanAbdul Ghapar, and Mohamad Syafiq Sulaiman, (2023) Perniagaan secara atas talian: satu kajian perbandingan dengan perniagaan konvensional secara fizikal. Jurnal Wacana Sarjana, 7 (4). pp. 1-13. ISSN 2600-9501
|
PDF
571kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws
Abstract
Kepesatan kemajuan sains dan teknologi telah memberi peluang kepada pembangunan ekonomi dan sosial, namun, pandemik COVID19 yang melanda dunia pada akhir tahun 2019 hingga akhir 2021 telah menjadi pemangkin pada peralihan metod perniagaan secara drastik. Perniagaan yang berbentuk fizikal konvensional telah menjadi pilihan kedua masyarakat umum, terutamanya dalam kategori barangan seperti pakaian dan perabot. Perpindahan dari perniaagaan fizikal konvensional ke perniagaan atas talian telah memberikan pelbagai impak, sama ada positif dan juga negatif terhadap pembeli serta peniaga. Justeru, dengan menggunakan kaedah mod campuran iaitu kualitatif dan kuantitatif, kajian ini mengenalpasti keberkesanan pengunaan aplikasi atas talian dan hubungan relatif dalam penjanaan pendapatan peniagaan. Soal selidik dan pemerhatian dilaksanakan di sekitar negeri Perak. Manakala kajian literatur komprehensif dilakukan berdasarkan literatur daripada sarjanasarjana terdahulu yang mengkaji isu yang sama. Oleh itu, dapatan awal kajian menunjukkan bahawa perniagaan secara atas talian dan aplikasi tersebut mampu membantu masyarakat sekitar negeri Perak menjana pendapatan yang memuaskan. Kajian ini turut menawarkan cadangan bagi mengurangkan kelemahan yang terdapat dalam perniagaan secara atas talian, misalnya dengan membina aplikasi atas talian yang lebih mesra pengguna selain kerjasama lebih efektif antara pihak kurier.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | COVID19; Perniagaan atas talian; Perniagaan konvensional fizikal; Perak; Malaysia |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 22705 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 15 Dec 2023 07:56 |
Last Modified: | 19 Dec 2023 08:32 |
Repository Staff Only: item control page