The different types of bilinguals and the dominant languages among FSSK UKM students

Noor Izzati Jamil, and Khazriyati Salehuddin, (2023) The different types of bilinguals and the dominant languages among FSSK UKM students. Jurnal Wacana Sarjana, 7 (4). pp. 1-14. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
302kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws

Abstract

Rakyat Malaysia hidup dalam negara yang terdiri daripada pelbagai etnik dan telah mencetus fenomena linguistik yang dikenali sebagai kedwibahasaan. Kedwibahasaan ditakrifkan sebagai individu yang berkebolehan untuk berkomunikasi dalam lebih daripada satu bahasa. Beberapa pengkaji terdahulu berpendapat bahawa adalah nustahil bagi individu dwibahasa untuk mahir dalam kedua-dua bahasa; mereka berkemungkinan menguasai satu bahasa lebih daripada bahasa yang satu lagi. Beberapa kajian yang lain pula menyatakan bahawa individu dwibahasa ini seharusnya sama-sama mahir dan cekap dalam kedua-dua bahasa. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kepelbagaian jenis dwibahasa dan penguasaan bahasa individu. Kajian kuantitatif ini dijalankan keatas 200 orang pelajar prasiswazah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mempunyai kebolehan berbahasa dalam sekurang-kurangnya dua bahasa. Responden dikehendaki menjawab satu soal selidik yang terdiri daripada 29 soalan yang merangkumi aspek bahasa pertama, kemahiran Bahasa dan penguasaan bahasa. Dapatan kajian menemukan terdapat beberapa jenis dwibahasa dalam kalangan 200 pelajar FSSK UKM - Simultaneous Early Malay-English bilinguals, Sequential Early Malay-English bilinguals, Late Malay-English bilinguals, Passive Bilinguals, Equilinguals, dan Dominant Bilinguals.

Item Type:Article
Keywords:Bilingualism; Bilingual; Language dominance; First language; Bi-literacy
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:22707
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:15 Dec 2023 08:14
Last Modified:19 Dec 2023 08:34

Repository Staff Only: item control page