Impak isu nasional dan isu setempat terhadap sokongan politik pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbongan, Pasir Puteh, Kelantan

Siti Nur Farahhana Salehudin, and Junaidi Awang Besar, (2023) Impak isu nasional dan isu setempat terhadap sokongan politik pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbongan, Pasir Puteh, Kelantan. Jurnal Wacana Sarjana, 7 (4). pp. 1-15. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
744kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws

Abstract

Impak isu nasional dan isu setempat terhadap sokongan politik dalam kalangan pengundi berlaku apabila pengundi mempunyai pemahaman yang berbeza mengenai matlamat parti pemerintah dan pembangkang. Di Malaysia, fenomena politik menjadi isu yang menarik untuk dibincangkan dalam komuniti masyarakat pada masa kini iaitu membabitkan isu nasional dan isu setempat yang berlaku akibat kemenangan sesebuah parti politik. Kajian ini adalah untuk menganalisis impak isu nasional dan isu setempat terhadap sokongan politik pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbongan, Pasir Puteh, Kelantan. Kajian ini menggunakan kaedah mengumpul data lapangan yang melibatkan soal selidik, temu bual, pemerhatian di lapangan dan rujukan sumber sekunder. Penganalisisan data dilakukan melalui perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26. Hasil kajian mendapati bahawa 82 peratus responden tahu maksud ‘isu semasa’. Selain itu, 100 peratus responden menyatakan ‘isu semasa’ adalah penting untuk diketahui oleh seseorang masyarakat. Seterusnya, 78 peratus responden menyatakan isu nasional dan isu setempat boleh mempengaruhi pendirian politik pengundi untuk menyokong parti politik. Hasil kajian juga mendapati bahawa 60 peratus responden merasakan isu setempat paling penting bagi pengundi untuk menyokong mana-mana parti di kawasan kajian. Kesimpulannya, kajian ini dilakukan bertujuan untuk memperoleh maklumat yang lebih tepat dan maklumat yang jelas tentang politik yang berlaku. Kajian yang dilakukan ini juga diharap dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya kepada pengkaji politik.

Item Type:Article
Keywords:Isu nasional; Isu setempat; Parti politik; Pengundi
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:22710
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:15 Dec 2023 08:39
Last Modified:19 Dec 2023 08:40

Repository Staff Only: item control page