Pengekalan dan peralihan bahasa di Kuala Selangor: analisis geolinguistik

Muhamad Khairuddin Hanizat, and Siti Noraini Hamzah, (2023) Pengekalan dan peralihan bahasa di Kuala Selangor: analisis geolinguistik. Jurnal Wacana Sarjana, 7 (4). pp. 1-29. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
755kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws

Abstract

Keunikan dialek-dialek yang wujud di Malaysia telah membuktikan bahawa kajian dialek merupakan suatu kajian bahasa yang menarik untuk diterokai. Bidang geolinguistik merupakan salah satu bidang multidisiplin yang berguna untuk memperlihatkan perubahan bahasa mahupun dialek sesuatu tempat. Kajian ini dilakukan bagi melihat pola pengekalan dan peralihan bahasa di Kuala Selangor dari sudut geolinguistik. Data leksikal kata ganti nama 'saya', 'kamu', dan 'mereka' yang menjadi fokus kajian. Data ini diperoleh melalui kaedah soal selidik dan temu bual dengan 131 orang responden yang terdiri daripada penduduk kampung di Kuala Selangor. Kaedah rakaman suara dan kaedah kepustakaan digunakan untuk memperoleh data yang sahih dan tambahan maklumat mengenai aspek dialek dan perisian GIS. Hasil kajian menunjukkan bahawa telah mula wujud peralihan bahasa dalam kalangan generasi muda di Kuala Selangor. Kebanyakan generasi muda ini lebih selesa menggunakan bahasa Melayu standard berbanding bahasa Jawa dan Banjar untuk berkomunikasi. Namun begitu, masih terdapat segelintir responden generasi muda boleh menguasai dan menggunakan bahasa Jawa dalam komunikasi harian selain generasi tuanya. Kesimpulannya, kajian ini memberikan pandangan yang komprehensif mengenai peralihan dan pengekalan bahasa di Kuala Selangor serta memberikan kesedaran terhadap kepentingan memelihara bahasa dialek sebagai warisan budaya.

Item Type:Article
Keywords:Geolinguistik; Pengekalan; Peralihan; Banjar; Jawa
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:22711
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:15 Dec 2023 08:46
Last Modified:19 Dec 2023 08:41

Repository Staff Only: item control page