Nur Fatin Nabila Mohd Nadzri, and Rozita Hod, and Faiz Daud, (2023) Pengetahuan, sikap dan tingkah laku komuniti Sungai Klang terhadap pencemaran sungai. International Journal of Public Health Research, 13 (2). pp. 1700-1706. ISSN 2232-0245
|
PDF
361kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/ijphr/index.php/ijphr
Abstract
Pencemaran sungai di Malaysia pada masa ini berada di tahap yang kritikal dan amat membimbangkan dengan pelbagai masalah pencemaran sungai berlaku hampir setiap hari. Tahap pengetahuan, sikap dan tingkah laku individu memberikan impak yang besar terhadap isu pencemaran sungai. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan, sikap dan tingkah laku komuniti yang tinggal berhampiran Sungai Klang. Kajian keratan rentas yang menggunakan persampelan rawak mudah telah dilakukan untuk mengkaji tahap pengetahuan, sikap dan tingkah laku komuniti Sungai Klang terhadap pencemaran sungai. Responden kajian terdiri daripada penduduk kawasan setinggan dan penduduk kawasan perumahan biasa yang menetap berhampiran Sungai Klang. Kajian ini telah menggunakan borang soal selidik. Analisis deskriptif dan ujian t telah digunakan untuk menganalisis data. Hasil deskriptif mendapati bahawa tahap pengetahuan (min=3.13, s.p.=0.40), sikap (min=3.28, s.p.=0.65) dan tingkah laku (min=2.96, s.p.=0.72) pencemaran sungai bagi penduduk setinggan adalah lebih rendah daripada penduduk perumahan biasa. Ujian t juga menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<0.05) untuk tahap pengetahuan, sikap dan tingkah laku antara penduduk setinggan dan penduduk perumahan biasa. Kesimpulannya, tahap pengetahuan, sikap dan tingkah laku pencemaran sungai komuniti Sungai Klang berada di tahap yang tidak memuaskan. Oleh yang demikian, tindakan perlulah diambil oleh pihak yang berkaitan untuk memantapkan lagi tahap pengetahuan, sikap dan tingkah laku penduduk berkaitan pencemaran sungai agar isu pencemaran sungai ini dapat diatasi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pengetahuan; Sikap; Tingkah laku; Pencemaran sungai; Sungai Klang |
Journal: | International Journal of Public Health Research |
ID Code: | 22714 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 18 Dec 2023 06:26 |
Last Modified: | 20 Dec 2023 00:50 |
Repository Staff Only: item control page