Hubungan kepimpinan kebaktian dan prestasi kerja dalam perkhidmatan awam: efikasi kendiri, keadilan dan komitmen sebagai pengantara

Rasidah Arshad, and Norulhuda Tajuddin, and Azian Mohmad Azman, and Ridzwan Rashidin, (2023) Hubungan kepimpinan kebaktian dan prestasi kerja dalam perkhidmatan awam: efikasi kendiri, keadilan dan komitmen sebagai pengantara. Jurnal Pengurusan, 68 . pp. 1-13. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
384kB

Official URL: https://www.ukm.my/jurnalpengurusan/volume-main/ju...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji peranan kepimpinan kebaktian dalam meramal prestasi kerja. Secara khususnya, kajian ini menghipotesiskan wujudnya hubungan langsung antara kepimpinan kebaktian dan prestasi kerja serta hubungan tidak langsung menerusi pemboleh ubah pengantara efikasi kendiri, komitmen organisasi dan tanggapan keadilan organisasi. Dengan menggunakan data yang dikumpulkan daripada 194 orang penjawat awam di Malaysia menerusi soal selidik secara atas talian, hipotesis kajian diuji menggunakan kaedah regresi berhierarki. Dapatan kajian ini menunjukkan wujudnya hubungan langsung yang signifikan antara kepimpinan kebaktian dengan prestasi kerja. Walau bagaimanapun hubungan tersebut bertukar menjadi tidak signifikan apabila ketiga-tiga pemboleh ubah pengantara diuji bersama dalam model asal. Selaras dengan teori pembelajaran sosial, ekuiti teori dan teori pengekalan sumber, dapatan kajian ini menyumbang kepada literatur dengan membuktikan kepentingan efikasi kendiri, komitmen organisasi dan tanggapan keadilan organisasi sebagai mekanisme yang menerangkan hubungan tidak langsung antara kepimpinan kebaktian dan prestasi kerja dalam sesebuah organisasi. Secara praktikalnya, kajian ini menyarankan kepada organisasi untuk menggalakan kepimpinan kebaktian yang terbukti akan meningkatkan efikasi kendiri, keadilan dan komitmen dalam kalangan pekerja yang seterusnya menjamin prestasi kerja.

Item Type:Article
Keywords:Kepimpinan kebaktian; Efikasi kendiri; Keadilan; Komitmen organisasi; Prestasi kerja
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:22785
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:03 Jan 2024 02:40
Last Modified:04 Jan 2024 03:23

Repository Staff Only: item control page