Media sosial dan iklan tajaan: analisis bibliometrik dan rangkaian

Hafizah Omar Zaki, and Siti Fatimah Abdul Rashid, and Syaima' Adznan, (2023) Media sosial dan iklan tajaan: analisis bibliometrik dan rangkaian. Jurnal Pengurusan, 68 . pp. 1-17. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: https://www.ukm.my/jurnalpengurusan/volume-main/ju...

Abstract

Kajian mengenai pengaruh media sosial telah banyak dikaji. Petikan dan analisis rangkaian pengaruh media sosial dalam iklan tajaan masih terhad. Cerapan artikel dalam bidang ini masih rendah, dan tiada maklumat keseluruhan data yang tersedia untuk penyelidik buat masa ini. Ini menyebabkan limitasi pengetahuan pemilihan jurnal dan petikan. Menggunakan kaedah bibliometrik, kajian ini mengkaji petikan dan analisis rangkaian pengaruh media sosial dalam iklan tajaan. Pangkalan data WOS digunakan untuk analisis data bibliometrik, manakala PRISMA dan VOSviewer sebagai alat ukur. Hasil kajian ini menemui 150 artikel dengan 5115 petikan mengenai pengaruh media sosial dalam iklan tajaan. Jurnal Penyelidikan Perniagaan, Leeflang sebagai pengarang, Universiti Groningen, dan negara Amerika Syarikat mempunyai petikan yang paling banyak. Kata kunci "social media" dan "social media marketing" juga menunjukkan kekerapan penggunaan. Kajian ini memberi manfaat kepada penyelidik dalam usaha penyelidikan dan membantu lembaga editor jurnal untuk menjejak kemajuan dan potensi pengarang dalam penyelidikan yang berkaitan. Kajian ini turut memberi impak positif kepada industri penerbitan dalam penyediaan trend pemilihan jurnal oleh penyelidik.

Item Type:Article
Keywords:Bibliometrik; Pengaruh media sosial; Pemasaran; Rangkaian; Vosviewer
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:22789
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:03 Jan 2024 03:01
Last Modified:04 Jan 2024 04:48

Repository Staff Only: item control page