Shahrul Hisham Zainal Ariffin, and Rohaya Megat Abdul Wahab, and Thanaletchumi Manogaran, and Farinawati Yazid, and Siti Nur Zahidah Zahari, and Rus Dina Rus Din, and Intan Zarina Zainol Abidin, (2023) Protein rembesan sel stem pulpa gigi susu manusia (SHED) semasa pembezaan kepada sel osteoblas. Sains Malaysiana, 52 (6). pp. 1771-1783. ISSN 0126-6039
|
PDF
798kB |
Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol52num6_...
Abstract
Analisis protein rembesan adalah penting untuk mengenal pasti penglibatan protein di dalam sistem biologi seperti mengenal pasti fungsi dan interaksi protein serta tapak jalan yang terlibat semasa pembezaan sel stem. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti protein rembesan dan tapak jalan dalam pembezaan osteoblas melalui perubahan keamatan pengekspresan protein rembesan hasil aruhan asid askorbik terhadap sel stem pulpa gigi susu (SHED). SHED dirawat dengan 10 μg/mL asid askorbik selama 7 dan 21 hari dan pengekpresan gen ditentukan melalui transkripsi berbalik-tindak balas rantaian polimerase (RT-PCR) menunjukkan pengekspresan GAPDH (gen endogenous dan kawalan), diikuti dengan pengekspresan gen COL1 dan BSP (penanda osteoblas). SHED (hari ke 7 dan 21) dieram dalam medium tanpa serum selama 12 jam sebelum medium dianalisis menggunakan kromatografi cecair-spektrometri jisim/spektrometri jisim (LC-MS/MS). Protein yang sama diekspreskan dalam kawalan (positif dan negatif) serta asid askorbik seterusnya ditentukan proses biologi dan sekretom berkaitan osteoblas serta mempunyai perubahan keamatan pengekspresan melalui UniProt dan PANTHER. Hubung kait antara protein-protein rembesan ini bagi mengenal pasti tapak jalan pembezaan osteoblas ditentukan melalui STRING. Sebanyak 57 protein yang sama diekspreskan semasa aruhan asid askorbik dan kawalan dengan empat protein rembesan berkaitan dengan osteoblas didapati mengalami perubahan keamatan pengekspresan. Bagi hubung kait antara protein pula hanya tiga dari empat protein rembesan iaitu gelsolin (GSN), kolagenase jenis IV 72 kDa (MMP2) dan homolog peroksidasin (PXDN) dikenal pasti terlibat dalam tiga tapak jalan. Kesimpulannya, tiga jenis protein rembesan yang melibatkan tiga tapak jalan berpotensi sebagai penanda protein rembesan semasa pembezaan SHED kepada osteoblas.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Asid askorbik; Pembezaan osteoblas; Protein rembesan; Sel stem pulpa gigi susu manusia (SHED) |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 22798 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 03 Jan 2024 05:21 |
Last Modified: | 04 Jan 2024 07:10 |
Repository Staff Only: item control page