Pemeringkatan saham patuh syariah menggunakan pembuatan keputusan berbilang-kriterium: TOPSIS dan GRA

Farah Azaliney Mohd Amin, and Saiful Hafizah Jaaman, (2023) Pemeringkatan saham patuh syariah menggunakan pembuatan keputusan berbilang-kriterium: TOPSIS dan GRA. Sains Malaysiana, 52 (6). pp. 1865-1877. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
668kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol52num6_...

Abstract

Peningkatan bilangan saham patuh Syariah yang didagangkan di Bursa Malaysia menjadikan proses pemilihan pelaburan semakin penting dan mencabar. Oleh itu, pelabur memerlukan suatu mekanisme bersifat kuantitatif dan bukan hanya berdasarkan penilaian kualitatif atau intuitif semata-mata. Dalam kajian ini, prestasi saham 10 syarikat patuh Syariah yang disenaraikan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SCM) dianalisis menggunakan nisbah kewangan utama syarikat iaitu pelaburan, keberuntungan, kecairan, keumpilan dan kecekapan. Fokus kajian adalah untuk memeringkatkan prestasi saham dari 2017 sehingga 2021 menggunakan dua kaedah iaitu Teknik Keutamaan Tertib Mengikut Persamaan dengan Penyelesaian Ideal (TOPSIS) dan Analisis Hubungan Kelabu (GRA). Keputusan kajian menunjukkan konsistensi pemeringkatan saham antara kedua-dua kaedah, terutama dalam memilih dua kedudukan teratas iaitu NESTLE dan PETGAS serta tiga saham kedudukan terbawah iaitu MISC, PMETAL dan AXIATA. Keputusan ini menunjukkan bahawa GRA merupakan kaedah alternatif yang setanding dengan TOPSIS dan mampu membantu para pelabur untuk mengenal pasti saham patuh Syariah terbaik.

Item Type:Article
Keywords:GRA; Pembuatan keputusan berbilang-kriterium; Pemeringkatan; TOPSIS; Saham
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:22812
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:03 Jan 2024 07:46
Last Modified:05 Jan 2024 01:20

Repository Staff Only: item control page