Kebolehramalan pergerakan harga pasaran mata wang asing ASEAN-5 Dengan menggunakan indikator dagangan indeks kekuatan relatif era Covid-19

Mohammad Fauzie Shafie, and Mohd Hasimi Yaacob, and Ruzita Abdul Rahim, (2023) Kebolehramalan pergerakan harga pasaran mata wang asing ASEAN-5 Dengan menggunakan indikator dagangan indeks kekuatan relatif era Covid-19. Jurnal Pengurusan, 68 . pp. 1-13. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
318kB

Official URL: https://www.ukm.my/jurnalpengurusan/volume-main/ju...

Abstract

Pandemik Covid-19 telah menyebabkan pergerakan harga mata wang menjadi tidak stabil dan tahap kecekapan yang rendah. Tidak terkecuali, pasaran FOREX ASEAN turut menerima tempias dari pandemik ini. Tujuan kajian ini adalah untuk meneliti kebolehramalan pergerakan harga dalam pasaran spot FOREX di beberapa buah negara ASEAN yang terpilih meliputi mata wang USD/SGD, USD/THB, USD/MYR, USD/PHP, dan USD/IDR dengan menggunakan indikator dagangan Indeks Kekuatan Relatif (RSI) dan diuji terhadap dua kaedah iaitu parameter standard 70/30 dan parameter ekstrem 80/20. Kajian dibuat bermula dari 1 Januari 2020 sehingga 30 September 2022. Prestasi strategi dagangan diukur dengan menggunakan nisbah Sharpe dan ujian-t. Hasil kajian menunjukkan parameter standard 70/30 memberikan pulangan yang paling tinggi serta disokong oleh dapatan statistik ujian-t. Pulangan terbesar diraih semasa tercetusnya pandemik COVID-19 iaitu pada tahun 2020, dan berkurangan pada tahun seterusnya. Hasil kajian mampu memberikan input kepada badan pengawalseliaan pasaran terhadap penyediaan rangka kerja kawal selia yang utuh agar nilai mata wang mereka kekal kompetitif dan tidak terdedah terhadap sebarang kemungkinan manipulasi dan spekulasi, terutamanya ketika pandemik atau kemelesetan ekonomi.

Item Type:Article
Keywords:Indeks kekuatan relatif; FOREX; COVID-19; ASEAN; Analisis teknikal
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:22815
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:03 Jan 2024 08:00
Last Modified:04 Jan 2024 06:42

Repository Staff Only: item control page