Pemetaan geobahaya berdasarkan kaedah Faktor Penilaian Tanah Runtuh (LHEF) di Empangan Sultan Mahmud, Tasik Kenyir, Kuala Berang, Terengganu

Mohamad Anuri Ghazali, and Mohd Rozi Umor, and Abdul Ghani Md Rafek, (2023) Pemetaan geobahaya berdasarkan kaedah Faktor Penilaian Tanah Runtuh (LHEF) di Empangan Sultan Mahmud, Tasik Kenyir, Kuala Berang, Terengganu. Sains Malaysiana, 52 (6). pp. 1889-1900. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
4MB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol52num6_...

Abstract

Kajian pemetaan potensi tanah runtuh telah dilakukan dengan menggunakan kaedah Faktor Penilaian Tanah Runtuh (LHEF) di Empangan Sultan Mahmud, Tasik Kenyir yang melibatkan kawasan tanah tinggi dengan litologi batuan granit, cerun potong kejuruteraan dan cerun semula jadi. Kaedah pemetaan LHEF sangat berguna kepada perancang bandar bagi tujuan pembangunan kawasan untuk memastikan secara relatif kawasan tersebut selamat. Permasalahan dalam kajian ini adalah kawasan kajian yang berbukit dan berbatu yang curam yang mana agak sukar untuk memperoleh data. Sebanyak enam (6) parameter dipertimbangkan dalam penilaian geobahaya cerun iaitu litologi, struktur geologi, morfometri cerun, penurunan relatif, guna tanah dan tutupan tanah serta keadaan hidrogeologi. Hasil daripada penilaian yang dijalankan diplotkan di dalam peta geobahaya potensi tanah runtuh. Penentuan kaedah pemetaan geobahaya sesuatu kawasan perlu mengambil kira keadaan sesuatu bagi memastikan pemetaan geobahaya yang dijalankan menghasilkan keputusan yang tepat. Sebanyak 858 cerun telah dinilai di dalam kajian ini yang merangkumi kawasan kajian 1, 2 dan 3. Didapati 699 cerun dizonkan sebagai geobahaya sederhana, 87 cerun dizonkan sebagai geobahaya tinggi dan hanya 72 cerun dizonkan sebagai geobahaya rendah. Secara asasnya ciri cerun yang dikategori sebagai geobahaya rendah adalah landai, tiada hakisan dan tiada struktur geodinamik. Zon geobahaya cerun sederhana pula adalah cerun yang mempunyai kecerunan sederhana curam, hakisan alur dan galur. Cerun yang dikategori sebagai geobahaya tinggi mempunyai struktur geodinamik seperti tegangan, rekahan, kecerunan melebihi 45 darjah, batu tongkol yang longgar, runtuhan lama, hakisan dan ketakselanjaran yang recam.

Item Type:Article
Keywords:Faktor penilaian tanah runtuh; Skor geobahaya; Tasik Kenyir
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:22816
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:03 Jan 2024 08:05
Last Modified:05 Jan 2024 01:24

Repository Staff Only: item control page