Nik Nur Aliaa Athirah Mohd Faizal, and Khadijah Alavi, and Norisma Aiza Ismail, (2023) Meneroka beban penjagaan dan kesejahteraan dalam kalangan penjaga warga emas terlantar. Akademika, 93 (3). pp. 169-180. ISSN 0126-5008
|
PDF
439kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1594
Abstract
Kesejahteraan warga emas terlantar amat bergantung kepada penjaga mereka. Justeru, kajian ini akan meneroka bebanan penjagaan dan kesejahteraan warga emas terlantar di kediaman mereka. Kajian telah dilaksanakan secara kualitatif menggunakan teknik temubual bersemuka. Seramai 5 orang informan terdiri daripada penjaga warga emas terlantar di daerah Kota Bharu Kelantan telah berjaya ditemubual secara bersemuka. Hasil kajian telah dianalisis secara tematik menggunakan analisis manual. Hasil kajian menunjukkan terdapat empat tema beban penjagaan warga emas terlantar terdiri daripada tahap kebergantungan, masa penjagaan, tingkahlaku warga emas dan keupayaan daya tindak penjaga. Terdapat warga emas terlantar yang bergantung sepenuhnya kepada seorang penjaga sahaja dan tidak mahu individu lain melakukan aktiviti harian untuk mereka. Tingkah laku warga emas yang suka marah dan menengking menuntut kesabaran yang tinggi dan boleh memberi tekanan kepada penjaga. Sebahagian penjaga perlu memantau warga emas 24jam/7hari sehingga berlaku mengabaikan keperluan diri. Penjagaan berterusan boleh mengakibatkan penjaga mengalami ‘burnout’ dan ‘spillover’, seterusnya memerlukan masa untuk penjagan diri. Penjaga mengakui bahawa mereka berisiko mendatangkan kesan buruk kepada warga emas seperti menyakiti hati atau perbuatan yang menyakitkan. Kesimpulannya, penjaga warga emas terlantar memerlukan masa untuk berehat seketika (Respite care). Oleh itu, dicadangkan program kesedaran mengenai keperluan penjaga untuk berehat dan penyediaan kemudahan dan perkhidmatan Respite care oleh pelbagai agensi perlu diperluaskan ke seluruh negara.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Beban; Penjaga; Warga emas; Terlantar; Kesejahteraan |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 22855 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 12 Jan 2024 02:34 |
Last Modified: | 15 Jan 2024 06:34 |
Repository Staff Only: item control page