Keutamaan dan cabaran kerjasama maritim Malaysia-Indonesia di Selat Melaka (2015-2020)

Amer Fawwaz Mohamad Yasid, and Noraini Zulkafli@ Zulkifli, (2023) Keutamaan dan cabaran kerjasama maritim Malaysia-Indonesia di Selat Melaka (2015-2020). Akademika, 93 (3). pp. 25-37. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
577kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1594

Abstract

Selat Melaka (SM) merupakan antara laluan maritim yang tersibuk di dunia kerana kepentingannya terhadap laluan perdagangan komersil antarabangsa. Walaubagaimanpun, Selat Melaka mempunyai masalah keselamatan dari segi ancaman jenayah rentas sempadan serta aktiviti pelanunan. Kajian ini akan menerangkan keutamaan serta cabaran negara Malaysia dan Indonesia dalam meningkatkan tahap keselamatan SM bagi tahun 2016-2020. Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu: pertama, untuk mengenalpasti jenis-jenis ancaman yang wujud di SM, kedua, untuk menganalisis keutamaan serta cabaran kerjasama maritim di antara kerajaan Malaysia dan Indonesia di kawasan SM dan ketiga, untuk menyarankan potensi bagi mewujudkan kerjasama maritim yang baharu di antara negara Malaysia Indonesia di SM. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif berdasarkan kepada sumber utama dan sumber sekunder. Sumber utama didapati dari kaedah temubual berstruktur melibatkan responden yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam keselamatan maritim di kawasan SM. Manakala, sumber sekunder diperolehi daripada sumber rujukan ilmiah seperti buku, tesis akademik, artikel jurnal dan sumber rujukan daripada internet. Hasil dapatan kajian akan menerangkan secara khusus bentuk-bentuk kerjasama maritim di antara negara Malaysia dan Indonesia serta langkah-langkah yang diperlukan bagi menangani masalah keselamatan yang berlaku di dalam kawasan perairan SM pada masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:Selat Melaka (SM); Ancaman keselamatan maritim & kerjasama maritim
Journal:AKADEMIKA
ID Code:22857
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:12 Jan 2024 03:05
Last Modified:15 Jan 2024 06:36

Repository Staff Only: item control page