Model keluarga sejahtera daripada refleksi terhadap surah Al-Waqiah dan surah Ar-Rahman

Jamiah Manap, (2023) Model keluarga sejahtera daripada refleksi terhadap surah Al-Waqiah dan surah Ar-Rahman. Akademika, 93 (3). pp. 181-196. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
703kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1594

Abstract

Kadar perceraian dan disorganisasi keluarga yang tinggi menunjukkan keperluan segera kepada model yang syumul dan praktikal. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan Model Keluarga Sejahtera berasaskan refleksi terhadap kehidupan penghuni syurga dalam Surah Al-Waqiah dan Surah Ar-Rahman bagi mengukuhkan lagi institusi keluarga. Metodologi penyelidikan kualitatif dengan pendekatan Grounded Theory digunakan dalam kajian ini. Ia melibatkan analisis dokumen terhadap tafsiran Surah Al-Waqiah dan Surah Ar-Rahman dalam Tafsir Al Maraghiy, temuramah berstruktur terhadap 73 responden kursus Pembangunan Keluarga dan Wanita (SKPM2113) serta pengesahan model daripada 4 orang pakar. Hasilnya, Model Keluarga Sejahtera telah dibangunkan dengan enam dimensi utama, iaitu kebahagiaan, kualiti peribadi, komunikasi positif, kediaman sejahtera, serta keselamatan dan jaminan makanan. Kesemua pakar telah bersetuju dengan model yang dibangunkan. Manakala kajian deskriptif turut menyokong pandangan pakar. Impaknya, model ini boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada garis panduan untuk membina dan mengukuhkan kesejahteraan dan kelestarian keluarga.

Item Type:Article
Keywords:Kesejahteraan keluarga; Spritualiti keluarga; Kualiti keluarga; Komunikasi keluarga; Psikologi pendidikan Islam
Journal:AKADEMIKA
ID Code:22858
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:12 Jan 2024 03:17
Last Modified:15 Jan 2024 06:38

Repository Staff Only: item control page