Mohd Zul Amirul Izwan Mat Deraseh, and Muammar Ghaddafi Hanafiah, and Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, and Wan Nasyrudin Wan Abdullah, and Mohamed Qusairy Taha, (2023) Penggunaan buah-buahan dan daun-daunan sebagai bahan pencuci alamiah dalam perubatan tradisional Melayu. Akademika, 93 (3). pp. 225-236. ISSN 0126-5008
|
PDF
710kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1594
Abstract
Masyarakat Melayu tradisional menggunakan buah-buahan dan daun-daunan sebagai bahan makanan dan perubatan. Dalam perspektif perubatan tradisional Melayu, bahan-bahan alamiah ini digunakan sebagai terapi, detoks dan pemu lihan tubuh pesakit dari dua kategori penyakit iaitu penyakit fizikal dan spiritual. Namun generasi hari ini kurang mengetahui mengenai fungsi bahan-bahan alamiah ini khasnya dari perspektif pengubatan tradisional Melayu. Oleh itu kajian dilakukan dengan tujuan menjelaskan fungsi dan kegunaan buah-buahan dan daun-daunan tempatan dalam dunia pengubatan tradisional Melayu. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif menggunakan kaedah perpustakaan dan kajian lapangan. Data perpustakaan membentuk latar belakang kajian dari kajian-kajian lepas berkaitan. Data kajian lapangan diperoleh melalui kaedah temu bual berfokus, pemerhatian dan penglibatan kendiri sebagai perawat. Data kajian ditransliterasi, disaring dan dinterprestasi sesuai teknik bacaan rapi dan analisis kandungan. Konsep peru batan Melayu berasaskan penggunaan herba diaplikasi sepenuhnya dalam analisis di samping tiga elemen pengubatan Melayu yang lain seperti urut, bekam dan jampi jika berkenaan. Hasil kajian menjelaskan dari dua kategori bahan pencuci alamiah; daun-daunan dan buah-buahan tempatan boleh dibahagikan kepada dua fungsi utama iaitu fungsi utama membersihkan dari penyakit fizikal (lahiriah) seperti kayap, gatal-gatal , lapar garam dan busung dan fungsi kedua pula membersihkan dari kotoran spiritual (batiniah) seperti kerasukan oleh pengaruh jin atau sihir. Kaedah penggunaan bahan-bahan ini adalah berdasarkan penyakit yang dialami seperti digunakan dengan cara dibuat makan, minum, mandi dan juga disapu pada tempat yang sakit.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Buah; Bersih; Daun; Melayu; Perubatan tradisi |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 22860 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 12 Jan 2024 04:25 |
Last Modified: | 15 Jan 2024 06:45 |
Repository Staff Only: item control page