Hubungan stres psikologikal dengan kesihatan mental dalam kalangan pensyarah muda

Mohd Suhaimi Mohamad, and Nasrudin Subhi, (2023) Hubungan stres psikologikal dengan kesihatan mental dalam kalangan pensyarah muda. Akademika, 93 (3). pp. 213-224. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
327kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1594

Abstract

Kesihatan mental merupakan elemen penting dalam menjamin kesejahteraan hidup setiap individu. Kerjaya sebagai pensyarah muda di dalam sesebuah universiti tidak terkecuali daripada berhadapan dengan stres kerja terutamanya di dalam sebuah universiti penyelidikan. Stres kerja ini memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada tahap kesihatan mental mereka. Kajian ini bertujuan mengukur sejauh mana tahap stres psikologikal dalam kalangan pensyarah muda dan apakah hubungannya dengan tahap kesihatan mental mereka. Seramai 100 orang pensyarah muda telah terlibat dalam kajian berbentuk kuantitatif ini dengan menggunakan kaedah tinjauan soal selidik. Hasil kajian mendapati dua per tiga responden kajian ini mempunyai tahap stres psikologikal yang tinggi. Hampir separuh responden mempunyai tahap kesihatan mental yang rendah. Bagi sub-skala kesihatan mental, sebanyak 51 peratus responden mempunyai tahap kebimbangan (anxiety) yang tinggi; 23 peratus responden berada pada tahap kemurungan (depression) yang tinggi; 44 peratus responden mempunyai kawalan tingkah laku yang rendah dan 58 peratus responden mempunyai perasaan positif yang rendah. Terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap stres psikologikal dengan tahap kesihatan mental keseluruhannya tetapi stres psikologikal hanya mempunyai hubungan yang signifikan dengan sub skala kebimbangan, kawalan tingkah laku dan positif afektif pada nilai p<0.05. Kesimpulannya, dapatan kajian ini diharap dapat membantu pihak pengurusan untuk memastikan wujudnya program-program intervensi di universiti penyelidikan. Program intervensi dapat mengurangkan stres psikologikal dan meningkatkan tahap kesihatan mental dalam kalangan pensyarah muda.

Item Type:Article
Keywords:Kesihatan mental; Pensyarah muda; Stres psikologikal; Universiti penyelidikan
Journal:AKADEMIKA
ID Code:22862
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:12 Jan 2024 04:44
Last Modified:15 Jan 2024 06:49

Repository Staff Only: item control page