Pemerkasaaan ekonomi (keusahawanan) wanita OKU fizikal: cabaran memulakan perniagaan

Abdul Rahman Ahmad Badayai, and Aizan Sofia Amin, and Ezarina Zakaria, (2023) Pemerkasaaan ekonomi (keusahawanan) wanita OKU fizikal: cabaran memulakan perniagaan. Akademika, 93 (3). pp. 13-24. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
367kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1594

Abstract

Makalah ini akan membincangkan penemuan kajian yang telah dijalankan bagi meneroka cabaran wanita kurang upaya (OKU) fizikal dalam keusahawanan. Skop penerokaan melibatkan fasa permulaan perniagaan yang memerlukan informan menceritakan pengalaman berhadapan cabaran awal dalam perniagaan. Kajian direkabentuk menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya dengan pengumpulan data menggunakan kaedah Kumpulan Perbincangan Berfokus (Focus Group Discussion). Lokasi kajian melibatkan empat zon Malaysia iaitu zon Utara, Timur, Tengah dan Selatan. Seramai 34 orang wanita OKU fizikal yang merupakan peniaga telah dipilih untuk ditemubual. Pemilihan informan dibuat secara bertujuan dengan memilih penerima geran pelancaran Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Analisis tematik yang dijalankan menunjukkan terdapat tiga cabaran utama yang dihadapi oleh informan ketika fasa memulakan perniagaan iaitu: i- kurang akses kepada maklumat, ii- implikasi ketidakupayaan fizikal dan iii- cabaran dwi-peranan. Hasil kajian memberi implikasi terhadap usaha pihak berkepentingan meningkatkan pencapaian memperkasakan wanita OKU fizikal dalam memulakan perniagaan. Di samping itu, makalah ini turut membincangkan justifikasi ilmiah kepada cadangan bagi pembinaan Model Pemerkasaaan Ekonomi (Keusahawanan) Wanita OKU Fizikal sebagai output kajian ini.

Item Type:Article
Keywords:Wanita; Kurang upaya fizikal; Cabaran; Memulakan perniagaan; Keusahawanan
Journal:AKADEMIKA
ID Code:22865
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:12 Jan 2024 07:53
Last Modified:15 Jan 2024 06:54

Repository Staff Only: item control page