Kajian terhadap EIS dan kaedah kehilangan berat: novel perencat kakisan hijau daripada ekstrak etlingera elatior

Syahidah Nabila Rosli, and Norinsan Kamil Othman, and Ahmad Rifqi Md Zain, (2023) Kajian terhadap EIS dan kaedah kehilangan berat: novel perencat kakisan hijau daripada ekstrak etlingera elatior. Sains Malaysiana, 52 (8). pp. 2323-2336. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
942kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol52num8_...

Abstract

Perencatan kakisan berasaskan bahan pengekstrakan tumbuhan telah mendapat perhatian penyelidik sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan tidak bertoksik dan biodegredasi. Hasil ekstrak Etlingera elatior telah digunakan dalam kajian ini sebagai perencat kakisan hijau dalam medium 0.5 M asid hidroklorik (HCl). Dalam kajian ini, bahan ekstrak yang diperoleh telah dicirikan menggunakan analisis spektroskopi inframerah Fouriertransformasi (FTIR) dan spektroskopi jisim-kromatografi gas (GC-MS) untuk mengenal pasti kumpulan berfungsi dan sebatian kimia yang wujud. Keberkesanan bahan ekstrak dalam perencatan kakisan keluli berkarbon rendah telah dikaji melalui ujian kehilangan berat dan ujian impedans (EIS) dalam medium berasid mengikut parameter suhu (25 °C, 45 °C dan 65 °C) dan kepekatan ekstrak (250 ppm, 450 ppm, 650 ppm, 950 ppm dan 1050 ppm) yang berbeza. Spesimen keluli berkarbon rendah dicirikan melalui mikroskop elektron imbasan (SEM) dan serakan x penyebaran tenaga (EDX). Spektroskopi inframerah Fourier-transformasi (FTIR) telah menunjukkan kehadiran kumpulan berfungsi seperti hidroksil dan alkena. Sebatian organik yang mempunyai ikatan π dengan kepadatan elektron tinggi akan memudahkan proses penjerapan. Analisis GC-MS pula mendedahkan empat sebatian utama yang terdapat dalam ekstrak Etlingera elatior iaitu N-asid hexadekanoik, siklododekan, 9,12-asid oktadekadienoik dan asid dodekanoik. Kecekapan perencatan yang diperoleh dari ujian kehilangan berat mendapati bahawa peratusan kecekapan perencatan tertinggi adalah 93.6%, manakala bagi ujian impedans (EIS) adalah 90.5% pada kepekatan 950 ppm. Suhu yang tinggi juga mempercepatkan kadar kakisan dan kecekapan perencatan (IE%) menurun. Morfologi pembentukan lapisan pelindung dilihat pada permukaan berkarbon rendah apabila dengan kehadiran perencat kakisan ekstrak Etlingera elatior. Secara keseluruhannya, perencat kakisan daripada ekstrak Etlingera elatior berupaya menghalang kakisan berlaku disokong pula dengan sifat yang mesra alam.

Item Type:Article
Keywords:Ekstrak Etlingera elatior; Kecekapan perencatan; Keluli berkarbon rendah; Spektroskopi Impedans Elektrokimia (EIS); 0.5 M asid hidroklorik (HCl)
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:22895
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:18 Jan 2024 07:50
Last Modified:18 Jan 2024 07:50

Repository Staff Only: item control page