Mengkuang dan Pandan: keindahan Anyaman Kelarai di Terengganu

Noor Hafiza Ismail, and Gregory Anak Kiyai @ Keai, and Khairun Nisa Mustaffa Halabi, and Maisarah Abd Hamid, and Hamdzun Harun, and Zuliskandar Ramli, and Salina Abd. Manan, (2023) Mengkuang dan Pandan: keindahan Anyaman Kelarai di Terengganu. International Journal of the Malay World and Civilisation, 11 (3). pp. 31-47. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
4MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jatma/index

Abstract

Mengkuang dan pandan merupakan pokok yang digunakan dalam penghasilan anyaman kelarai di Terengganu. Ia dapat dilihat tumbuh meliar di kawasan berpaya dan di pinggir pantai serta ditanam di persekitaran rumah. Terdapat 45 jenis anyaman kelarai di Terengganu yang mempunyai pelbagai motif, paten dan reka corak. Ianya terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, binatang, abstrak dan nama orang yang dihasilkan bukan sahaja berfungsi sebagai barang kegunaan harian dan perhiasan semata-mata tetapi juga menitikberatkan nilai-nilai keindahan. Persoalannya adalah apakah refleksi di sebalik paten, motif dan reka corak pada anyaman kelarai di Terengganu? Bagi menjawab persoalan kajian ini, kaedah kualitatif digunakan bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sempurna melibatkan kajian lapangan di Terengganu. Hasil dapatan kajian mendapati reka corak dan motif yang dihasilkan melalui anyaman kelarai diinspirasi daripada persekitaran para penganyam itu sendiri. Setiap jenis motif anyaman yang dihasilkan menggunakan warna anyaman yang terang dan warna bertentangan atau kontra. Motif anyaman yang dihasilkan juga mempunyai makna tersurat dan tersirat disebalik hamparan sesebuah anyaman. Di sini menunjukkan kepekaan dan kehalusan kerja tangan masyarakat Melayu dahulu dalam menyampaikan sesuatu maklumat yang berunsur nasihat, tauladan dan perkara yang berlaku pada ketika itu dalam bentuk hasil kerja tangan anyaman mereka. Kajian yang dijalankan ini diharap dapat melestarikan anyaman mengkuang dan pandan daripada perubahan teknologi yang semakin berkembang maju kerana kejayaan sesuatu bangsa bergantung kepada kehebatan seni dan budaya sesuatu bangsa tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Mengkuang; Pandan; Motif; Reka Corak; Anyaman Kelarai
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:22899
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:18 Jan 2024 08:55
Last Modified:19 Jan 2024 02:30

Repository Staff Only: item control page