Menyingkap perihal intelektualisme dan Falsafah Islam dalam Novel Penyeberang Sempadan karya Anwar Ridhwan: analisis persuratan baru

Nur Fatiha Fadila Abu Bakar, (2023) Menyingkap perihal intelektualisme dan Falsafah Islam dalam Novel Penyeberang Sempadan karya Anwar Ridhwan: analisis persuratan baru. International Journal of the Malay World and Civilisation, 11 (3). 49 -61. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
301kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jatma/index

Abstract

Makalah ini bertitik tolak daripada resepsi-resepsi kritis yang dikemukakan para sarjana dan pengkritik sastera terhadap novel Anwar Ridhwan yang berjudul Penyeberang Sempadan. Pemerhatian terhadap resepsi kritis antaranya mendapati wujud kecenderungan para sarjana dan pengkritik sastera yang menganggap Penyeberang Sempadan sebagai novel yang sarat dengan wacana serta pemikiran intelektual, dan memperagakan falsafah Islam. Kecenderungan ini mengundang penelitian lanjut terhadap persoalan intelektualisme dalam novel Penyeberang Sempadan. Sehubungan itu, makalah ini hadir bertujuan untuk menganalisis novel Penyeberang Sempadan, dan seterusnya merumuskan soal intelektualisme dan falsafah Islam yang dikatakan terkandung di dalamnya. Bagi mencapai objektif ini, makalah ini menerapkan Persuratan Baru (seterusnya PB) sebagai kerangka analisis. Pilihan ini didasarkan kepada idea-idea pokok PB yang menangani soal ilmu dan intelektualisme berdasarkan pandangan alam Islam. Ini sesuai dengan hakikat novel sebagai karya cetusan seorang sasterawan Muslim yang memperakukan pentingnya Islam sebagai teras pengkaryaan. Selain itu, pemilihan turut didasarkan kepada idea PB yang membezakan secara jelas antara ‘ilmu’ dengan ‘cerita’, dan mengutamakan ‘ilmu’ berbanding dengan ‘cerita’. Lebih penting lagi ialah falsafah PB yang berteraskan kerangka taklif. Falsafah ini dianggap sesuai dengan tradisi Islam yang mendasari kesusasteraan Melayu termasuklah novel Penyeberang Sempadan. Dengan menerapkan idea-idea PB, makalah ini berhasil merumuskan soal intelektualisme dalam novel Penyeberang Sempadan. Intihanya, kajian ini mendapati bahawa apa yang diperagakan sebagai ‘falsafah’, ‘idea’, ‘wacana’ dan ‘pemikiran’ bersifat intelektual ini dimanifestasikan melalui cerita dan penggemblengan alat-alat penceritaan, sekali gus menyimpang daripada hakikat sebenar pengertian ‘intelektual’ dan ‘intelektualisme’. Tidak kurang pentingnya, Penyeberang Sempadan turut didapati cenderung memperagakan kejahilan watak-watak Islam.

Item Type:Article
Keywords:Intelektualisme; Persuratan Baru; Taklif; ‘ilmu’-‘cerita’
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:22901
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:18 Jan 2024 08:54
Last Modified:19 Jan 2024 02:31

Repository Staff Only: item control page