Kaedah pengajaran Guru Bahasa Melayu secara dalam talian dan inisiatif untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penggunaan Google Classroom

Mohd Badrul Hisyam Sulong, and Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad, and Mohamad Khalid Mohamad Nasir, (2023) Kaedah pengajaran Guru Bahasa Melayu secara dalam talian dan inisiatif untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penggunaan Google Classroom. International Journal of the Malay World and Civilisation, 11 (3). pp. 63-77. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
342kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jatma/index

Abstract

Pada era teknologi maklumat dan komunikasi yang berteraskan pembelajaran secara dalam talian, guru perlulah kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran agar dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif dan menarik. Kajian ini bertujuan mengenal pasti kaedah pengajaran secara dalam talian dan inisiatif yang diambil oleh guru Bahasa Melayu untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penggunaan Google Classroom. Kajian ini dijalankan secara kualitatif yang melibatkan enam orang guru Bahasa Melayu di sekolah rendah. Data temu bual dianalisis melalui kaedah tematik dengan menggunakan perisian Nvivo 12 dan dikategorikan mengikut tema. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah perbincangan, kaedah penyelesaian masalah, kaedah pembelajaran kontekstual, kaedah pembelajaran berasaskan projek dan kaedah kelas berbalik merupakan kaedah pengajaran guru Bahasa Melayu yang paling banyak digunakan secara dalam talian. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pembelajaran melalui tontonan di saluran Youtube, merujuk kepada guru pakar dan belajar melalui laman pembelajaran merupakan tiga inisiatif utama yang telah diambil oleh guru Bahasa Melayu untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penggunaan Google Classroom.

Item Type:Article
Keywords:Kaedah pengajaran secara dalam talian; Google Classroom; Inisiatif; Pengetahuan dan kemahiran
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:22902
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:18 Jan 2024 08:54
Last Modified:19 Jan 2024 02:32

Repository Staff Only: item control page