Marginalisasi Islam di Selatan Thailand: analisis terhadap dasar pemerintahan Thailand (Siam) dan isu-isu konflik ke atas Masyarakat Islam Patani

Haslindawati Saari, (2023) Marginalisasi Islam di Selatan Thailand: analisis terhadap dasar pemerintahan Thailand (Siam) dan isu-isu konflik ke atas Masyarakat Islam Patani. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 7 (2). pp. 13-23. ISSN 2590-4213

[img]
Preview
PDF
505kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index

Abstract

Artikel ini memfokuskan tentang komuniti masyarakat Melayu Islam Patani sebagai golongan minoriti yang mengalami marginalisasi akibat tekanan dari pemerintah setempat, yang menghancurkan dan mendominasikan semangat nasionalismenya. Marginalisasi merupakan proses peminggiran yang melibatkan satu usaha membatasi peranan kelompok tertentu. Ini bermaksud, marginalisasi adalah proses pengabaian hak-hak yang seharusnya diperoleh oleh pihak-pihak yang dimarginalkan. Melalui dasar-dasar kerajaan seperti dasar Thesapeban, dianggap sebagai perintis kepada penindasan ke atas masyarakat Melayu Islam. Hal ini dimulai dengan penghapusan institusi raja-raja Melayu di tujuh buah negeri milik Patani. Perjanjian Bangkok yang dimenterai pada tahun 1909, secara jelas menyaksikan Patani berada di bawah jajahan Siam. Kemudian, dasar Rathaniyom yang diperkenalkan pula memulakan proses asimilasi melalui identiti dan budaya. Seterusnya, dasar Nikhom Sang Kon Eng pula dilihat sebagai usaha kerajaan Siam-Thai untuk mengurangkan jumlah majoriti masyarakat Melayu Islam di kawasan Selatan Thai. Penulisan artikel ini mengunakan kaedah kualitatif dengan merujuk sumber sekunder iaitu buku, jurnal, tesis, kertas persidangan dan kertas kerja yang diperoleh dari Perpustakaan Hamzah Sendut I (Universiti Sains Malaysia), Perpustakaan Hamzah Sendut II (Universiti Sains Malaysia), Perpustakaan Tunku Hamimah (Institut Pendidikan Sultan Abdul Halim) dan Perpustakaan Awam (Sungai Petani). Hasil kajian mendapati masyarakat Melayu Islam Patani ditindas dalam pelbagai aspek sama ada aspek politik, ekonomi dan sosial. Sejarah kekejaman pentadbir Siam-Thai yang menjalankan proses marginalisasi melalui pengasimilasian merupakan rancangan politik dan sosioekonomi kerajaan Siam-Thai ketika itu. Proses ini bertujuan mengukuhkan dasar politik ‘Negara Thai Untuk Bangsa Thai’. Ketiga-tiga dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Thailand bukan sahaja mengubah populasi penduduk Islam tetapi turut mengancam ekonomi dan pendapatan penduduk setempat. Keseimbangan demografi di kawasan Patani turut diubah apabila masyarakat Thai-Buddha digalakkan berpindah di sana. Dasar-dasar yang dilaksanakan diibaratkan sebagai virus yang disebar oleh kerajaan Siam (Thailand) untuk melumpuhkan imunisasi masyarakat Melayu Islam Patani. Walaupun masyarakat Melayu Patani terpaksa mengubahsuai diri mereka dengan mengikut perancangan kerajaan Siam-Thai tetapi hari ini, tidak sepenuhnya masyarakat ini berpakaian, berbahasa dan berfikiran seperti Siam-Thai malah mereka tetap utuh dengan anutan agama Islam.

Item Type:Article
Keywords:Marginalisasi, pengasimilasian, dasar Thesapeban, dasar Rathaniyom; Dasar Nikhom Sang Kon Eng; Minoriti; Demografi; Dasar Siamisasi
Journal:Asian Journal of Environment, History and Heritage
ID Code:22917
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:19 Jan 2024 08:04
Last Modified:22 Jan 2024 03:14

Repository Staff Only: item control page