Undang-undang dan dasar alam sekitar terhadap pengasingan sisa domestik: kajian kesan tidak langsung kesedaran masyarakat

Nurul Hidayana Mohd Noor, and Nur Batrisyia Nordin, (2023) Undang-undang dan dasar alam sekitar terhadap pengasingan sisa domestik: kajian kesan tidak langsung kesedaran masyarakat. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 7 (2). pp. 25-39. ISSN 2590-4213

[img]
Preview
PDF
419kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index

Abstract

Sisa domestik merupakan bahan-bahan buangan yang dibuang dari kawasan perumahan seperti sisa makanan, minyak masak, plastik, kertas, bahan logam terpakai dan lain-lain. Kebanyakan sisa domestik memberi tindak balas negatif terhadap alam sekitar. Pengurusan sisa domestik adalah satu tugas yang mencabar kerana jumlah sisa semakin meningkat dan ketiadaan rangka kerja perundangan yang berkesan dan komprehensif, ditambah dengan mekanisma penguatkuasaan yang tidak mencukupi, mewujudkan masalah dalam menguruskan sisa domestik. Selain itu, kesedaran penduduk tentang isu alam sekitar mengukuhkan penyertaan tingkah laku pro alam sekitar. Tujuan kajian ini mempunyai dua matlamat. Pertama, ia menguji peranan undang-undang dan dasar sekitar dan kesannya terhadap niat untuk mengasingkan sisa domestik. Kedua, ia menguji peranan pengantara kesedaran untuk mengasingkan sisa domestik. Teknik persampelan rawak berstrata dan soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data daripada sampel iaitu sejumlah 276 penduduk yang menetap di kawasan Lembah Klang. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan model persamaan struktur. Keputusan tidak langsung menunjukkan bahawa kesedaran untuk mengasingkan sisa domestik secara signifikan menjadi pengantara sepenuhnya antara undang-undang dan dasar alam sekitar dan niat untuk mengasingkan sisa domestik. Berdasarkan dapatan empirikal, kajian ini mencadangkan beberapa implikasi teoritikal dan praktikal untuk literatur. Dapatan kajian ini mencadangkan kepentingan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk menyelamatkan alam sekitar. Sekolah dan institusi pengajian tinggi harus mereka bentuk mata pelajaran dan kursus yang akan meningkatkan kesedaran alam sekitar dan mendedahkan masyarakat terhadap cara untuk menjalankan pengasingan sisa domestik.

Item Type:Article
Keywords:Undang-undang dan dasar alam sekitar; Kesedaran untuk mengasingkan sisa domestik; Niat untuk mengasingkan sisa domestik; Model pengantara
Journal:Asian Journal of Environment, History and Heritage
ID Code:22920
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:19 Jan 2024 08:04
Last Modified:22 Jan 2024 03:15

Repository Staff Only: item control page