Nurul Asyikin Dzulkifli, and Mohamad Khairul Anuar Mohd Rosli, and Norasmahani Hussain, (2023) Pembangunan pertanian komersial di Hilir Perak, 1900–1973. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 7 (2). pp. 53-75. ISSN 2590-4213
|
PDF
519kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index
Abstract
Penulisan ini meneliti pembangunan pertanian komersial di Hilir Perak antara tahun 1900 hingga tahun 1973 yang merangkumi era British hingga era pasca-kemerdekaan. Penulisan ini ingin melihat sejauh mana kejayaan kerajaan kolonial British di Perak dan selepas itu Kerajaan Negeri Perak dalam membangunkan sektor pertanian komersial di Hilir Perak. Kajian-kajian terdahulu tentang kegiatan ekonomi di Negeri Perak lebih memfokuskan kepada sektor ekonomi utama negeri ini iaitu kegiatan melombong bijih timah di kawasan bandar di Perak. Justeru kajian tentang kegiatan pertanian komersial di Hilir Perak kurang diberi perhatian terutamanya pada era pasca-kemerdekaan. Penulisan ini menggunakan kaedah kualitatif yang meneliti sumber-sumber pertama dan bahan-bahan yang diperoleh dari Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur dan Arkib Negara di Perak, Perpustakaan Awam Negeri Perak, Perpustakaan Arkib Perak, Perpustakaan Negara dan Perpustakaan Hamzah Sendut 1 Universiti Sains Malaysia. Hasil penelitian terhadap sumber primer seperti Report of the Coconut Marketing Survey (Sabak Bernam and Lower Perak Districts) 1956, Laporan Tahunan Jabatan Pertanian Negeri Perak 1970, Federation of Malaya Annual Report 1950, Annual Report Social and Economic Perak 1948, The Present Land Use of Perak September 1970 dan Lower Perak District 1962 telah mendapati bahawa sektor pertanian komersial di Hilir Perak membangun secara dinamik sejak era British dan terus berkembang maju dalam era pasca-kemerdekaan. Juga didapati bahawa sektor pertanian komersial di Hilir Perak turut menyumbang secara signifikan kepada kemajuan ekonomi negeri Perak dan kemajuan ekonomi masyarakat setempat dalam tempoh yang dikaji.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pertanian komersial; Hilir Perak; Dasar Pertanian British; Dasar Pertanian Malaysia |
Journal: | Asian Journal of Environment, History and Heritage |
ID Code: | 22923 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 19 Jan 2024 08:04 |
Last Modified: | 22 Jan 2024 03:16 |
Repository Staff Only: item control page