Mohd Shazwan Mokhtar, (2023) Kemerosotan perdagangan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pasca perang dunia pertama. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 7 (2). pp. 77-88. ISSN 2590-4213
|
PDF
355kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index
Abstract
Artikel ini menganalisis trend kemerosotan perdagangan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada awal tahun 1920-an. Kebergantungan eksport timah dan getah mengakibatkan nilai imbangan perdagangan NNMB merosot setelah kejatuhan harga pasaran kedua-dua komoditi tersebut. Impak Perang Dunia Pertama telah melemahkan pasaran ekonomi di Eropah yang secara relatifnya telah melemahkan juga kuasa belinya terhadap bahan mentah dari NNMB. Penelitian terhadap dokumen pentadbiran NNMB dan CO 717 membuktikan tumpuan terhadap eksport timah dan getah mengakibatkan sektor perdagangan persekutuan rentan dengan risiko kejatuhan harga pasaran komoditi. Matlamat sebenar pelaksanaan dasar menstabilkan harga pasaran komoditi adalah untuk memastikan pengeluaran timah dan getah oleh syarikat British terus beroperasi. Tambahan lagi, langkah menstabilkan harga pasaran komoditi bertujuan melindungi syarikat dan firma milik British daripada kerugian kesan kejatuhan pasaran. Hasil kajian juga mendapati, walaupun sektor perdagangan NNMB merosot, imbangan perdagangan persekutuan kekal positif. Pelaksanaan usaha pemulihan harga pasaran komoditi juga membuktikan wujudnya hubungan simbiosis antara kerajaan kolonial NNMB dengan syarikat swasta. Hal ini demikian kerana, kebergantungan mereka terhadap eksport timah dan getah sebagai sumber pendapatan utama.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Neomerkantilisme, Getah; Timah, Rancangan Stevenson, Perjanjian Bandoeng |
Journal: | Asian Journal of Environment, History and Heritage |
ID Code: | 22924 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 19 Jan 2024 08:04 |
Last Modified: | 19 Jan 2024 08:04 |
Repository Staff Only: item control page