Perang di Laut China Selatan: menilai pakatan quad daripada perspektif Realis Institusionalisme

Abdul Muien Abadi, and Mohd Firdaus Abdullah, (2023) Perang di Laut China Selatan: menilai pakatan quad daripada perspektif Realis Institusionalisme. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 7 (2). pp. 117-126. ISSN 2590-4213

[img]
Preview
PDF
244kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index

Abstract

Peningkatan ketegangan geopolitik melibatkan China di rantau Laut China Selatan dan Indo-Pasifik secara tidak langsung telah memaksa Amerika Syarikat (AS), Jepun, Australia dan India untuk mengaktifkan semula Dialog Keselamatan Segiempat (Pakatan Quad) yang telah lama tidak aktif untuk menyelaraskan pendekatan strategik mereka. Artikel ini menganalisis kedua-dua bentuk dan fungsi Quad dari perspektif realis institusionalisme untuk menilai aturan diplomatik dan ketenteraan antara ahli Quad. Realis institusionalisme menganggap bahawa jenis institusi multilateral, sama ada dalam bentuk pakatan atau gabungan dan saiznya, akan mempengaruhi kekuatan sesebuah institusi ketenteraan. Antara impikasinya ialah struktur pembuatan keputusan, pengagihan kuasa dan leveraj dalaman, yang seterusnya akan menentukan kadar perpaduan dan keberkesanan di medan perang, kebolehoperasian dan legitimasi organisasi. Di samping analisis empirikal penilaian Pakatan Quad, makalah ini menjawab persoalan bagaimana Quad akan berkembang maju walaupun percubaan sebelumnya di institusi keselamatan seperti Pertubuhan Pakatan Atlantik Utara (NATO) gagal. Teori realis institusionalisme akan menerangkan mengapa dan bagaimana perikatan separa tidak formal seperti itu berbanding China yang akan menjadi normal baharu berstruktur bagi rantau Indo-Pasifik.

Item Type:Article
Keywords:Laut China Selatan; Indo-Pasifik; Pakatan Quad; Realis Institusionalisme; Pakatan ketenteraan
Journal:Asian Journal of Environment, History and Heritage
ID Code:22927
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:19 Jan 2024 08:04
Last Modified:22 Jan 2024 03:19

Repository Staff Only: item control page