Yusry Sulaiman, and Mosli Tarsat, and Rizal Zamani Idris, (2023) Analisis asal usul nama “Sabah” dalam pelbagai sumber. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 7 (2). pp. 127-139. ISSN 2590-4213
|
PDF
541kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index
Abstract
Makalah ini membincangkan tentang asal usul nama "Sabah" dengan merujuk kepada pelbagai sumber. Penggunaan nama "Sabah" dalam beberapa dekad terakhir telah mencetuskan tafsiran dan kontroversi yang unik. Nama "Sabah" diyakini bermula ketika kedatangan orang Eropah melalui rujukan alkitab, khususnya "Saba dan Zaba". Selain itu, sumber-sumber tempatan juga menyebut nama "Saba" atau "Sabak" yang merujuk kepada tanah di seberang hujung. Rujukan dari Brunei juga mengaitkan nama "Saba" dengan "Sabah" dalam Silsilah Raja-Raja Brunei. Sumber-sumber Eropah dan Cina juga mengenalinya sebagai "Saba," yang mendorong kedatangan mereka ke Borneo Utara. Perlu dicatat bahawa Overbeck, dalam kedatangannya ke Borneo Utara, diangkat sebagai "Maharajah Sabah" oleh Sultan Abdul Momin pada 22 Disember 1877. Fakta ini menarik dan turut menjadi fokus pembahasan. Dengan demikian, makalah ini bertujuan untuk membincangkan asal usul nama "Sabah" berdasarkan pelbagai sumber yang telah dikaji.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sabah; Borneo Utara; Sultan Abdul Momin; Maharaja Sabah; Eropah |
Journal: | Asian Journal of Environment, History and Heritage |
ID Code: | 22929 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 19 Jan 2024 08:03 |
Last Modified: | 22 Jan 2024 03:20 |
Repository Staff Only: item control page