Sakit puan dari perspektif kitab perubatan tradisional Melayu (mss 172) dan kitab perubatan China (Bencao Gangmu)

Rohaidah Haron, and Zaiton Zakarya, (2023) Sakit puan dari perspektif kitab perubatan tradisional Melayu (mss 172) dan kitab perubatan China (Bencao Gangmu). Asian Journal of Environment, History and Heritage, 7 (2). pp. 153-164. ISSN 2590-4213

[img]
Preview
PDF
273kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index

Abstract

Sakit puan merupakan penyakit sejagat yang dihidapi oleh semua golongan wanita di dunia. Sejak dahulu lagi masyarakat tradisional telah ada ubat dan rawatan untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan wanita. Hal ini dapat dibuktikan menerusi kitab-kitab perubatan yang ada dalam masyarakat Melayu dan masyarakat di China. Sehubungan dengan itu, sakit puan wajar dikaji daripada perspektif perubatan tradisional. Sehubungan itu, kajian ini akan meneliti penyakit-penyakit yang dihidapi oleh kaum wanita dalam kitab perubatan tradisional Melayu (Kitab Ubat-ubatan MSS 172) dan kitab perubatan China (Bencao Gangmu). Secara khusus, kajian ini bertujuan mengenal pasti jenis-jenis sakit puan dalam kitab perubatan Melayu dan China, iaitu kemandulan, perihal bersalin dan penyakit berkaitan faraj. Dapatan kajian membuktikan bahawa penyakit wanita lebih banyak dibincangkan dalam kitab perubatan berbanding dengan penyakit lelaki. Selain itu, bahan dan kaedah rawatan mengikut kitab perubatan Melayu dan China turut dibincangkan dalam makalah ini. Hasil penelitian mendapati, sumber utama dalam bahan perubatan tradisional Melayu dan China adalah berasaskan flora dan fauna. Namun begitu, terdapat juga bahan rawatan lain seperti bahan cecair dan pepejal misalnya air mawar dan gula batu. Kitab perubatan Melayu dan China memaparkan penyakit yang sama, namun mempunyai kaedah dan bahan rawatan yang berbeza akibat daripada faktor persekitaran, cuaca, bentuk muka bumi dan sebagainya. Kajian-kajian berkaitan kitab perubatan wajar diperbanyak memandangkan kajian perbandingan agak kurang dihasilkan. Para pengkaji juga boleh meneliti perspektif kajian yang lain seperti pantang larang dan sistem sukatan yang digunakan dalam perubatan tradisional.

Item Type:Article
Keywords:Sakit puan; Perubatan tradisional; Kitab Ubat-ubatan MSS 172; Kitab Bencao Gangmu; Melayu; China
Journal:Asian Journal of Environment, History and Heritage
ID Code:22932
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:19 Jan 2024 08:03
Last Modified:22 Jan 2024 03:21

Repository Staff Only: item control page