Isu dan permasalahan Industri Kraftangan Tembaga di Terengganu, Malaysia

Sharih Ahmad Mohamad, and Norziratul Aqma Norzaman, and Shahrul Anuwar Mohamed Yusof, and Khairul Aidil Azlin Abd. Rahman, and Muhammad Firdaus Abong Abdullah, and Addy Putra Md. Zulkifli, and Amirul Fahmi Razali, (2023) Isu dan permasalahan Industri Kraftangan Tembaga di Terengganu, Malaysia. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 7 (2). pp. 165-177. ISSN 2590-4213

[img]
Preview
PDF
693kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index

Abstract

Sejarah telah membuktikan akan kemasyuran negeri Terengganu sebagai pusat perdagangan pada zaman dahulu yang sememangnya kaya dengan warisan budaya dan kearifan tempatan dengan warganya yang pakar dalam ilmu pertukangan seperti kraftangan tembaga. Walau bagaimanapun, industri kraftangan tembaga di Terengganu boleh dikatakan agak kritikal pada masa kini dari segi populariti selain kadar pengeluaran barangan kraf tembaga yang semakin merosot berbanding dengan kraftangan yang lain seperti songket, batik, ukiran kayu, anyaman dan lain-lain. Oleh itu, kajian adalah bertujuan untuk mengenal pasti isu dan permasalahan yang menyumbang kepada kemerosotan industri kraftangan tembaga di Terengganu. Kajian ini berbentuk kualitatif yang meliputi penyelidikan luaran seperti temu bual dan juga melibatkan pembacaan dan analisis data. Perisian SPSS Text Analytics for Surveys telah digunakan untuk menganalis data yang telah diperolehi melalui temu bual yang telah dijalankan terhadap 28 orang responden yang terlibat secara langsung dalam industri kraftangan tembaga. Hasil analisis berjaya menghasilkan satu model validasi hubung kait 18 elemen isu dan permasalahan industri kraftangan tembaga di Terengganu. Bagi membantu pembangunan kraftangan tembaga Terenganu pada masa depan, hasil perbincangan dapatan telah dibahagikan kepada 3 peringkat isu dan seharusnya diberi perhatian sewajarnya oleh pemain industri. Peringkat pertama ialah unit. Kedua peringkat kelompok, manakala peringkat ketiga ialah nasional. Pemahaman yang jelas akan isu dan permasalahan dalam kalangan pemain industri melalui model validasi yang dihasilkan berpotensi menaikkan lagi nilai kraftangan warisan di Terengganu sekaligus menjamin kelestarian kearifan tempatan agar terus terpelihara dan tidak hilang ditelan zaman.

Item Type:Article
Keywords:Tembaga Terengganu; Kraf Malaysia; Warisan budaya; Kearifan tempatan
Journal:Asian Journal of Environment, History and Heritage
ID Code:22933
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:19 Jan 2024 08:03
Last Modified:22 Jan 2024 03:21

Repository Staff Only: item control page